“Gaji RM5.5k tapi hutang RM341k” – Lelaki buntu, takut nak jujur dengan isteri
“Gaji RM5.5k tapi hutang RM341k” – Lelaki buntu, takut nak jujur dengan isteri
Baru-baru ini, satu mesej tanpa nama yang dimuat naik ke media sosial telah menarik perhatian ramai mengenai beban hutang yang cecah sehingga ribuan ringgit.
Pengakuan seorang individu ini mendedahkan realiti sebenar bagaimana hutang yang kini cecah RM341,000, dengan gaji bersih hanya RM4,800.
Bagaimana seorang dengan gaji yang rendah tetapi mempunyai beban kewangan yang tinggi?
- Pinjaman Peribadi (PL): RM161,000 daripada dua bank, yang kini dalam status tindakan undang-undang.
- Kad Kredit: RM25,000 di tiga kad kredit.
- Syarikat Kredit: Hutang sebanyak RM150,000, sudah tersenarai dalam CTOS.
Dengan jumlah hutang sebegitu besar, beban bulanan pembayaran balik pasti tidak dapat ditampung dengan gaji bersih yang hanya RM4,800.
Sebenarnya terdapat beberapa sebab mengapa seseorang terperangkap dalam beban hutang yang sangat tinggi.
Antaranya adalah kurang kesedaran kewangan, gaya hidup di luar kemampuan dan kurangnya disiplin kewangan.
Ramai netizen memberikan reaksi bercampur-baur terhadap kisah ini.
Ada yang memberi sokongan dengan menasihatkan individu tersebut untuk berjumpa Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi membantu menyusun semula hutang melalui Program Pengurusan Hutang (PPH).
“Boleh ke mana-mana cawangan AKPK jumpa pegawai kaunseling kewangan tu dulu. Kemudian kena isi permohonan online. Kena buat surat rasmi bertulis untuk mohon masuk ke program akpk,” kata seorang netizen.
Selain itu ada juga yang menyarankan bahawa beliau mempunyai kerja tambahan untuk menampung hutang yang tinggi tersebut.
Manakala sebahagian netizen lagi menyarankan agar beliau berterus terang dengan pasangannya.
“Better cerita semua dgn wife you anon. Sebab apa yang jadi, mesti akan effect hidup wife tu juga. Kalau wife tu marah normal la sebab salah sendiri. At least, dia tau and maybe dia boleh tolong apa-apa yg patot nanti.” kata seorang netizen.
Hidup dalam hutang yang melampau bukan hanya membawa masalah kewangan, tetapi juga boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan mental.
Tekanan untuk melangsaikan hutang, rasa bersalah kepada keluarga, dan ketakutan diambil tindakan undang-undang boleh membawa kepada kemurungan dan kebimbangan.
Oleh itu, selain bantuan kewangan, individu yang terlibat juga perlu mendapatkan sokongan emosi dan mental.