Hud Aryan ditemukan meninggal dunia, mayat tersangkut pada pokok di muara sungai

Hud Aryan ditemukan meninggal dunia, mayat tersangkut pada pokok di muara sungai

 

Hud Aryan ditemukan meninggal dunia, mayat tersangkut pada pokok di muara sungai

Pencarian Hud Aryan Mohd Nor Hafifi berusia 19 bulan yang dilaporkan hilang sejak malam kelmarin akhirnya berakhir apabila mayatnya ditemukan tersangkut pada pokok di muara sungai di Kampung Kerila jam 4.20 petang.

Menurut Harian Metro, penemuan mayat mangsa itu selepas 45 jam dilaporkan hilang dan lokasi penemuan adalah tiga kilometer dari rumah keluarga mangsa.

Difahamkan, lokasi penemuan mayat mangsa sudah dilalui beberapa kali sejak operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan namun gagal mengesan mangsa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Mohd Zulkifli Osman, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tanah Merah (HTM) untuk bedah siasat dan keluarga turut diminta ke hospital.

“Mayat mangsa ditemukan pasukan penyelamat kita yang dianggotai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Bomba dan orang awam.

“Ketika kejadian paras air sungai tinggi dan hari ini air sudah surut mendorong kepada penemuan mangsa,” katanya ketika dihubungi.

Suasana di rumah keluarga mangsa diselubungi kesedihan apabila kedua-dua ibu bapa Hud Aryan dikhabarkan dengan berita penemuan berkenaan.

Ibu mangsa, Azean Nur Atikah Ramley, 34, tidak mampu menahan sebak dan meraung sebelum ditenangkan ahli keluarga yang lain.