Sakit hati hubungan tak direstui, wanita habiskan duit simpanan bakal mak mentua

Sakit hati hubungan tak direstui, wanita habiskan duit simpanan bakal mak mentua

 

Sakit hati hubungan tak direstui, wanita habiskan duit simpanan bakal mak mentua

Seorang wanita ditahan polis pada Isnin selepas didakwa memanipulasi kad bank milik bakal ibu mentuanya semasa mangsa sedang dirawat di hospital

Timbalan Ketua Polis Daerah Bandar Lampung, AKBP Erwin Irawan mendedahkan, pelaku datang setiap hari ke hospital dengan alasan untuk membantu menjaga Zubaidah, 40, yang merupakan ibu kepada kekasihnya.

“Bagaimanapun pelaku secara rahsia mengambil kad bank mangsa, pelaku juga menggunakan pin telefon bimbit mangsa yang merupakan nombor pin sama semasa mengeluarkan wang dari mesin pengeluaran automatik (ATM).

“Suspek mengeluarkan wang mangsa beberapa kali berjumlah Rp76 juta (RM20,605),” katanya kepada wartawan pada Rabu.

Jelasnya, wang yang dikeluarkan sejak mangsa dirawat di hospital bermula 15 Januari lalu.

“Wang itu digunakan untuk tujuan berfoya-foya bersama kekasihnya (anak mangsa),” katanya lagi.

Akibat daripada perbuatannya itu, dia bakal dikenakan hukuman lima tahun penjara.

Sementara itu, pelaku NL, 29, berkata, tujuan dia mengambil kad bank bakal ibu mentuanya kerana rasa sakit hati selepas hubungan dia bersama anaknya tidak direstui Zubaidah.

Dia juga mengaku bahawa sering dihina oleh mangsa di hadapan kekasihnya itu sehingga menyimpan dendam.

“Saya sakit hati kerana sering dihina, jadi wang itu saya buat makan-makan dan makan angin,” katanya.