“Yang dekat mahal, jumpa yang murah tapi mix pula” – Gadis dedah realiti hidup di KL

“Yang dekat mahal, jumpa yang murah tapi mix pula” – Gadis dedah realiti hidup di KL

 

“Yang dekat mahal, jumpa yang murah tapi mix pula” – Gadis dedah realiti hidup di KL

Ramai anak muda berhijrah ke bandar-bandar besar untuk melanjutkan pelajaran atau membina kerjaya.

Namun, cabaran terbesar yang perlu dihadapi mereka adalah mencari tempat tinggal.

Di TikTok, seorang gadis mengakui sukar mencari rumah sewa kerana banyak unit yang ditawarkan membenarkan lelaki dan wanita tinggal bersama.

Fed up cari bilik sewa di Kuala Lumpur ni. Mix unit la, jauh la. Yang dekat mahal pula. Jumpa yang murah tapi mix pula.

“Tak tahulah, stres betul. Tak ada ke yang female Muslim friendly? agak-agaklah, takkan nak duduk bercampur?” tulis gadis itu.

Dalam hantaran sama, dia mengakui tidak kisah dianggap kuno kerana amalan tersebut adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

“Tak kisahlah orang nak cakap aku ni kuno ke apa. Walaupun bilik asing-asing, masih haram lelaki dan perempuan (bukan mahram) duduk sekali (serumah),” tulisnya lagi.

Hingga kini hantaran yang dimuat naik gadis itu menerima lebih setengah juta tontonan.

Malah, ia turut dihujani komen netizen yang turut berdepan situasi sama di bandar-bandar besar.

“Aku student. Duduk kondo kongsi ramai-ramai. Dapat rakan serumah, bawa jantan masuk pukul 3 pagi.

“Betul tu. Tengok dekat Bandar Utama. Lelaki perempuan Muslim sewa sekali.

“Kat Penang pun ada masalah ni. Apabila harga dah okey, mix unit pula,” tulis netizen.

Dalam pada itu, netizen turut memuji sikap gadis itu tidak mengambil mudah larangan agama.

“Pemikiran awak tak kuno pun. Orang zaman sekarang yang bebas sangat. Buat macam luar negara.

“Tahniah sis, jaga maruah anda sebagai orang Islam,” tulis netizen lagi.