Isu ‘ham’: Harith Iskander, Cecelia Yap dikompaun RM10,000

Isu ‘ham’: Harith Iskander, Cecelia Yap dikompaun RM10,000

 

Isu ‘ham’: Harith Iskander, Cecelia Yap dikompaun RM10,000

Pelawak Harith Iskander dan pengguna Facebook Cecelia Yap masing-masing akan dikenakan kompaun RM10,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung isu jenaka “ham”.

MCMC dalam kenyataan berkata, dua individu itu dikompaun atas kesalahan memuat naik kandungan dan komen jelik melibatkan agama Islam di Facebook, pada 18 Januari 2025.

MCMC berkata pihaknya telah mendapat keizinan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mengenakan kompaun tersebut.

“Tindakan kompaun itu akan dikenakan ke atas Harith Iskander dan Cecelia Yap di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, berdasarkan peruntukan sebelum pindaan akta yang berkuat kuasa pada 11 Februari 2025,” kata MCMC dalam kenyataan hari ini.

Kata MCMC lagi, pihaknya juga telah membuat permohonan kepada Meta, iaitu pemilik Facebook, untuk menutup akaun Facebook kedua-dua individu itu.

“Permohonan tersebut kini dalam penelitian dan penilaian pihak Meta,” katanya lagi.

Kontroversi “ham” tercetus Januari lalu selepas penemuan sandwic berlabel “Ham & Cheese Sandwich” bersama logo halal di sebuah cawangan KK Mart.

Sandwic tersebut kemudian didapati menggunakan hirisan ayam, bukan daging babi, dan pembekalnya telah didakwa atas tuduhan menyalahgunakan logo halal.

Mengulas perkara itu, Harith memuat naik gambar menu kedai kopi dengan item bernama “Ham Sap Kopi” berserta kapsyen:

“Saya sangat keliru. Iman saya tergugat.”

“Kopi ini akan membawa saya ke jalan yang salah dalam pelbagai cara.

“Bukan sahaja menggoda saya untuk menjadi ‘hamsap’ tetapi juga membuat saya keliru dengan perkataan ‘ham’ dalamnya. Ni untuk minum atau makan?

“Saya perlu buat laporan polis kerana saya lemah dan hilang kemampuan menggunakan logik. Siapa lagi yang keliru,” tulis Harith.

Menu itu dipercayai merujuk kepada kopi masin, tetapi istilah “ham sap” juga digunakan secara slanga untuk menggambarkan seseorang yang bersikap penyumbaleweng.

Cecelia Yap pula disiasat kerana mengulas mengenai hantaran Facebook Harith.

Susulan itu, laporan polis dibuat terhadap ke atas mereka.

Yap kemudian membuat permohonan maaf terbuka dan berjanji akan memberi kerjasama penuh terhadap siasatan ke atasnya.

“Saya amat kesal dengan komen tidak sensitif saya yang menyakitkan perasaan semua orang.