Hanya gosok-gosok, remaja 14 tahun masih dara walaupun disahkan hamil

Hanya gosok-gosok, remaja 14 tahun masih dara walaupun disahkan hamil

 

Hanya gosok-gosok, remaja 14 tahun masih dara walaupun disahkan hamil

Seorang doktor membuat pendedahan mengejutkan mengenai remaja perempuan berusia 14 tahun yang hamil tetapi masih dara.

Menurut Dr Boyke Dian Nugraha, gadis itu tetap hamil walaupun tidak berlaku sebarang penetrasi di bahagian alat sulitnya.

“Ketika saya melakukan pemeriksaan, selaput daranya belum terkoyak. Ternyata, dia lakukan begitu dengan yang lelaki, anak kelas 3 SMP, dioles-oles.

“Boleh hamil walaupun masih dara. Kerana di dalam miss V (faraj) itu kan ada yang namanya selaput dara, ia berlubang, tempat keluarnya darah haid.

“Masuk sperma dari situ. Kerana ketika itu, dia masa subur, sperma akan tertarik dengan lendir yang dikeluarkan oleh Miss V.

“Masuklah ia melalui liang tempat keluar haid. Jadi masih dara tapi hamil,” ujarnya menerusi satu podcast.

Ketika ditanya oleh hos, Dr Boyke berkata orang tua tidak boleh terlalu berkeras dengan anak-anak.

Jelasnya, ramai remaja yang dikongkong terjebak dengan kehamilan luar nikah kerana terlalu dikawal oleh orang tua.

“Kita jangan larang bercinta, kerana saya banyak jumpa kes dihalang mak ayah, dikatakan bercinta haram, tetapi mereka paling banyak hamil,” ujarnya lagi.