Wanita terkejut harga servis hantar anak ke sekolah cecah RM400 sebulan

Wanita terkejut harga servis hantar anak ke sekolah cecah RM400 sebulan

 

Wanita terkejut harga servis hantar anak ke sekolah cecah RM400 sebulan

Pada hari ini kedua ibu bapa bekerja adalah satu perkara yang biasa, jadi banyak urusan anak-anak terpaksa diuruskan oleh pihak ketiga.

Baru-baru ini seorang wanita terkejut selepas mendapati kos servis menghantar anaknya ke sekolah dengan menaiki kereta mencecah RM400.

“Terkejut sekejap tengok harga. Selalunya berapa anggaran harga untuk hantar anak ke sekolah? Hantar saja dan jarak tak sampai 10 kilometer,” tanya wanita itu.

Perkongsian tangkap layar perbualan WhatsApp di Threads @energy_baz itu mendapat pelbagai reaksi warganet.

Segelintir netizen berpendapat harga tersebut luar biasa mahal. Mereka mencadangkan si ibu untuk mendapatkan perkhidmatan yang mengenakan caj yang lebih murah.

Dalam pada itu ada netizen yang berpendapat harga itu sudah dikira sebagai berpatutan. Ini kerana anak tidak perlu bersesak-sesak semasa menaiki van atau bas.

“RM400 dibahagi 20 hari bersamaan RM20 sehari. RM20 dibahagi 10 kilometer sama dengan RM2 per kilometer. Nampak mahal tapi ini kereta.

“Jadi anak tak perlu bersesak kena tolak dalam van atau bas. Dijamin pemandu sendiri nampak anak naik dan turun kereta semasa ke sekolah.

“Pada masa sama kita tak perlu lagi stres hadapi kesesakan lalu lintas di awal pagi. Rasanya boleh dipertimbangkan (perkhidmatan tersebut),” kata seorang netizen.

Tambah orang ramai, keuntungan yang dapat itu pun bukan ‘menguntungkan’ sangat, ini kerana pemilik pasti menggunakan duit tersebut untuk membayar kos-kos penyelenggaraan kenderaan mereka yang menelan belanja agak besar.