“Mohon jasa baik tak beri pen atau mug” – Cikgu didakwa ‘demand’ hadiah sempena Hari Guru

“Mohon jasa baik tak beri pen atau mug” – Cikgu didakwa ‘demand’ hadiah sempena Hari Guru

 

“Mohon jasa baik tak beri pen atau mug” – Cikgu didakwa ‘demand’ hadiah sempena Hari Guru

Murid memberikan guru hadiah pada Hari Guru sudah menjadi amalan yang popular di Malaysia.

Tengok sajalah di media sosial, pelbagai hadiah mewah dan unik diberikan oleh murid kepada guru kesayangan mereka. Pun begitu, masih juga ada isu melibatkan jenis barangan yang diberikan kepada para pendidik ini.

Tular satu hantaran di Threads, seorang pengguna mempersoalkan tindakan guru dari sebuah sekolah swasta di Johor yang meminta murid untuk menyediakan hadiah sempena hari istimewa itu.

Dalam tangkap layar mesej perbualan yang dipercayai daripada group kelas antara ibu bapa dan guru sekolah, guru tersebut memberi peringatan kepada penjaga murid tentang sambutan Hari Guru yang akan diadakan.

Lebih mengundang perhatian adalah apabila guru itu mengehadkan jenis hadiah yang boleh diberikan.

“Kami mohon jasa baik tuan puan untuk TIDAK MEMBERI pen, mug, frame atau bunga-bunga kecil kepada guru.”

Tambahnya lagi, hadiah yang lebih baik adalah hadiah yang memberi manfaat kepada para guru.

498208659 17879011857315888 4274

Situasi itu membuat pengguna Threads tertanya-tanya tentang adab para guru yang meminta-minta sesuatu jenis hadiah daripada para penjaga.

Perkongsian hantaran itu telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen, rata-ratanya melihat permintaan sebegitu dianggap tidak munasabah.

Screenshot 2025 05 16 172731 Screenshot 2025 05 16 172836 Screenshot 2025 05 16 172909 Screenshot 2025 05 16 172929

Ada juga yang bersetuju dengan mesej guru terbabit kerana lambakan jenis hadiah ini boleh menjadi satu pembaziran kepada guru.

Screenshot 2025 05 16 172532

Ada yang merasakan hantaran tersebut direka cerita dan sengaja mahu mencetuskan kontroversi, namun pengguna Threads itu menegaskan ia situasi yang benar-benar berlaku.

Netizen menyatakan sikap segelintir guru yang sebegini telah memburukkan guru-guru lain yang tidak kisah dengan pemberian hadiah.