Guru dan anak sulung ditemui maut berlumuran darah, dipercayai dibunuh

Guru dan anak sulung ditemui maut berlumuran darah, dipercayai dibunuh

 

Guru dan anak sulung ditemui maut berlumuran darah, dipercayai dibunuh

Seorang guru dan anak sulungnya berusia 21 tahun ditemukan mati berlumuran darah dipercayai dibunuh di Taman Rambai Mutiara, di Bukit Rambai, di sini, pagi ini.

Menurut Harian Metro, kejadian kira-kira 6 pagi itu disedari orang awam yang melihat seorang lelaki terbaring berlumuran darah di atas jalan di hadapan rumah tempat kejadian sebelum menghubungi pihak polis.

Sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Polis Batang 3 kemudian ke lokasi untuk melakukan siasatan dan menemui seorang lelaki dalam keadaan cedera terbaring di hadapan rumah berkenaan.

Polis kemudian melakukan pemeriksaan lanjut dan menemui dua lagi mangsa dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedar di dalam rumah.

Pasukan perubatan Hospital Melaka yang tiba di lokasi kemudian mengesahkan kedua-dua mangsa berkenaan sudah meninggal dunia.

Difahamkan, ketika ini pasukan forensik polis masih berada dilokasi diketuai Timbalan Ketua Polis Melaka Senior Asisten Komisioner Ahmad Jefferi Abdullah dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Melaka, Asisten Komisioner Leow Kian Heong.

Difahamkan juga, wanita yang maut adalah seorang guru dan ibu tunggal.

Terdahulu tular di media sosial mendakwa kejadian membabitkan pergaduhan antara ahli keluarga.