Netizen terkejut pemandu e-hailing kenakan caj ‘aircond’
Netizen terkejut pemandu e-hailing kenakan caj ‘aircond’.
Menjadi pemandu E-Hailing seperti Grab menjadi pilihan utama rakyat Malaysia yang mahu menambah pendapatan di era ekonomi yang makin mencabar ketika ini.
Baru-baru ini, tular di laman media sosial yang menunjukkan seorang pemandu Grab mengenakan caj sekiranya pelanggan mahu beliau menghidupkan penghawa dingin.
Menurut perkongsian Malaysia Viral, pelanggan perlu membayar RM20 sekiranya mahu kelajuan penghawa dingin berada di tahap satu, RM25 untuk tahap dua manakala RM30 untuk tahap tiga.
Pemandu tersebut hanya menghidupkan penghawa dingin di bahagian depan dan untuk beliau sahaja.
Rata-rata dari netizen nyata terkejut dan berasa hairan dengan caj yang dikenakan dimana mereka merasakan caj tambahan yang dikenakan tidak berpatutan.
Ada yang mencadangkan agar laporan dibuat kepada pihak Grab bagi syarikat itu menegur atau mengambil tindakan terhadap pemandu berkenaan.
Ini bukan kali pertama pemandu Grab menjadi perhatian dimana tular sebuah gambar yang memperlihatkan satu maklum balas yang ditinggalkan oleh seorang pelanggan kepada pemandu Grab menerusi aplikasi.
Bagai satu keajaiban pula apabila maklum balas merupakan tentang seorang bapa meluahkan hasratnya mahu menjodohkan pemandu tersebut dengan anak perempuannya.
“Salam sejahtera anakku, ingat tak pak cik yang awak hantar ke Hospital IIUM pagi tadi? Pak cik ada seorang anak perempuan belum kahwin lagi, umur 28 tahun, dia jadi doktor kat Hospital IUM ni. Anak jadi menantu pakcik nak tak?,” tulis pada maklum balas penghantaran di aplikasi tersebut.
Susulan perkongsian gambar berkenaan di platform Reddit telah menjadi perhatian netizen dan rata-ratanya teruja melihat kejadian unik ini yang mana digelarkan sebagai rezeki terpijak.
“Itu namanya rezeki. Berkenalan dulu. Tak salah pun,” komen seorang netizen.
“Pandai hang tawan hati ayahnya,” kata seorang lagi.
“Ciri bagus yang boleh ditambah dari Grab,” seloroh seorang netizen lain.