Gelang tangan mewah anak Najib semasa hadir di mahkamah jadi perhatian

Gelang tangan mewah anak Najib semasa hadir di mahkamah jadi perhatian

 

Baru-baru ini, anak perempuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa memberikan sokongan kepada bapanya bagi menjalani perbicaraan kes membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi.

Dalam beberapa hantarannya di instagramn,  Nooryana sering berkongsi luahan hati mengenai kes melibatkan bapanya.

Dia yang menggunakan nama akaun yananajib berkata, mereka sekeluarga mengagumi kekuatan Najib dan akan terus berjuang bagi memastikan Najib mendapat keadilan sewajarnya.

Gelang Tangan Mewah

Di media sosial, ramai yang memberikan kata-kata semangat dan positif kepada Nooryana.

Namun dalam kalangan netizen, ada juga yang menyentuh isu yang tiada kaitan dengan isu yang melanda.

Di laman twitter, seorang pengguna dengan akan bernama @notorioustapir mendedahkan harga dan jenama gelang tangan yang dipakai oleh Nooryana semasa dia hadir ke Mahkamah memberi sokongan kepada bapanya.

Menurut akaun twitter itu, kononnya gelang tangan yang dipakai oleh Nooryana bernilai RM RM146,700 iaitu merangkumi 5 utas gelang jenama mewah Cartier.

Setiap satunya berharga dari RM 28,500 sehingga RM 30,500.

Di ruangan komen, ramai yang tidak bersetuju dengan sikap segelintir netizen yang gemar mencari kesalahan orang lain, dengan hal-hal yang tak berkaitan.

Sekadar info, Najib pada 28 Jul 2020 didapati bersalah atas tiga tuduhan pecah amanah jenayah (CBT), satu tuduhan salah guna kuasa, dan tiga tuduhan pengubahan wang haram, berhubung dana RM42 juta yang dikaitkan dengan SRC, menyusuli perbicaraan di Mahkamah Tinggi.

Beliau dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta. Mahkamah Rayuan pada 8 Dis 2021 mengekalkan hukuman dan sabitan ke atas Najib.