Jatuh cinta dengan gaya tukar gear kereta, wanita lamar pemandu sendiri

Jatuh cinta dengan gaya tukar gear kereta, wanita lamar pemandu sendiri
Wanita Pakistan ini telah memutuskan untuk melamar pemandunya sendiri kerana tertawan dengan cara lelaki itu menukar gear kereta.
Betullah kata orang cinta itu buta. Siapa sangka seorang pemandu boleh berkahwin dengan anak majikannnya sendiri.
Nasib seorang pemandu peribadi berubah sekelip mata hanya kerana perkara yang tidak disangkannya.
Dia bekerja seperti biasa dan menukar gear kereta seperti hari hari kebiasaannya. Tiada apa yang istimewa.
Namun di mata wanita itu ianya adalah sangat menggoda.
Menurut wanita itu, dia bukan berkahwin dengan pemandu peribadinya itu kerana ketampanannya.
Apatah lagi kerana harta. Kerana lelaki itu cuma menjadi pemandu peribadi keluarga wanita tersebut.
Sebaliknya wanita Pakistan itu mahu berkahwin dengan lelaki itu – yang kini sudah menjadi suaminya – kerana dia benar benar suka dengan cara pemandu itu menukar gear kereta dengan gaya tersendiri.
Wanita dari keluarga berada itu telah belajar memandu dengan pemandu peribadi keluarganya itu.
Selain itu dia juga mendakwa lelaki tersebut sangat baik hati ketika mengajar dia memandu kereta. Itu yang membuatkan dia sangat selesa belajar.
Dan dari situ jugalah dia melihat gaya lelaki itu menukar gear benar benar menarik hati. Dan tidak sama seperti lelaki yang lain.
Cinta itu menjadi lebih kuat apabila lelaki itu telah memegang tangannya untuk memberikan tunjuk ajar cara menukar gear kereta.
Perkahwinan mereka diadakan dalam suasana yang agak mewah dan besar. Memandangkan wanita itu daripada kalangan keluarga yang berada.
Apa yang pasti selepas ini, lelaki itu itu bukan lagi pemandu peribadi dalam keluarga wanita itu. Dia kini menjadi sebahagian daripada keluarga mereka.