“Mungkin tahun depan saya kena ambil balik” – Disindir tak ambil gaji, ini jawapan balas PMX

“Mungkin tahun depan saya kena ambil balik” – Disindir tak ambil gaji, ini jawapan balas PMX

 

“Mungkin tahun depan saya kena ambil balik” – Disindir tak ambil gaji, ini jawapan balas PMX

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam dalam sesi Town Hall sempena dua tahun pentadbiran Kerajaan Madani di Kuala Lumpur Convention Centre.

Beliau tampil menjawab sindiran berhubung keputusan dan pendiriannya untuk tidak mengambil gaji sebagai ketua kerajaan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan meskipun beliau telah menaikkan gaji penjawat awam sebagai tanda penghargaan kepada mereka, gaji para menteri kekal tanpa sebarang kenaikan.

Malah, gaji menteri dipotong sebanyak 20 peratus dan keputusan beliau tidak mengambil gaji tersebut jelas mencerminkan keprihatinan dan komitmen kepimpinannya terhadap cabaran ekonomi serta kebajikan rakyat.

Tambah Anwar, beliau juga berasa hairan apabila tidak mengambil gaji, namun disindir. Anwar juga secara sinis dengan nada bergurau berkata, mungkin beliau perlu mengambil gaji tersebut pada tahun hadapan.

Aneh tau, kita tak ambil. Elaun ahli Parlimen kita ambil. Azizah pun ada elaun Parlimen. Campur-campur okaylah.

Saya bukan miskin, batik pun cantik baru. Tapi demikianlah, politik picisan yang ada. Tidak hargai langkah. Dia boleh kritik, dasar ni belum cukup. Gobind tak kuat kerja. Jangan asyik kritik Perdana Menteri.

Tetapi bagi cadangan, ini tidak ada cadangan. Yang ada ini hanya maki hamun.-Katanya

Sebenarnya kita harus puji usaha PMX ini. Beliau jelas telah mencerminkan kepimpinan yang berintegriti dan mendahulukan kepentingan rakyat kerana sebelum ini tidak ada Perdana Menteri yang pernah melakukan sedemikian.