“Mereka dapat simpan RM20-40k” – Enam bulan tak ambil gaji, Hafiz Mahamad & isteri berkorban demi pekerja

“Mereka dapat simpan RM20-40k” – Enam bulan tak ambil gaji, Hafiz Mahamad & isteri berkorban demi pekerja

 

“Mereka dapat simpan RM20-40k” – Enam bulan tak ambil gaji, Hafiz Mahamad & isteri berkorban demi pekerja

Usahawan dan pempengaruh Hafiz Mahamad dan isterinya Syafiqah Aina mendedahkan bahawa mereka tidak mengambil gaji selama enam bulan.

Kedua dua mereka telah ikat perut demi kesenangan staf mereka yang di bawah mereka.

Semua pengorbanan itu dibuat demi dibuat oleh majikan demi pekerja, menurut Hafiz.

Hafiz sangat menitikberatkan kebajikan pekerja dan gembira apabila mendapat tahu ada pekerjanya yang kini boleh menyimpan sehingga RM40 ribu dalam bank.

Hafiz Mahamad turut menyediakan banyak kemudahan dan imbuhan untuk pekerjanya. Semuanya dilakukan untuk memudahkan urusan mereka.

Hafiz Mahamad menulis di IG: “6 Bulan saya & Aina tak amik gaji dari business. Business Alhamdulilah baik, cuma kami nak motivate diri untuk kerja bersungguh

“Ada seseorang pernah pesan, jika diatas ikat perut, ramai dibawah akan rasa senangnya

“Cara saya & Aina, kalau kami tak puas hati dengan performance kita sebagai director. Kita tak nak amik apa apa.

“Saya cuba buat & syukur, minggu lepas ada staff yang tunjuk dekat saya saving dia. Dia cakap, ‘Bang, ni duit saya saving dari bonus & token saya dapat selama kerja sini. Terkejut bila tahu RM20-40K mereka berjaya saving

“Bila dengar rasa puas sebab itu antara cita cita saya nak mereka berjaya menyimpan.

“Cara yang saya cuba buat, makan di office semua ada.

“Rumah sewa perempuan & lelaki yang belum kahwin disediakan. Insurance.

“Mereka yang ada anak ada allowance.

“Datangkan involvement pada kerja kerja di luar

“Setiap kali dapat berbagi macamni, hati ni rasa puas sangat. Rezeki kita alhamdulilah baik tapi kena juga berbelanja bijak.

“Saya pegang & percaya, jika berbelanja pada hamba Allah yang lain dengan izin Allah akan ada rezeki yang akan datang.

“Minggu lepas kami tak cukup rehat, Doakan kemajuan kami insyaAllah. Kejayaan Demi Kebahagiaan.”

Perkongsian itu mendapat reaksi positif daripada pengikut beliau yang rata rata terharu dan berharap pasangan itu terus maju dalam bisnes mereka.