Gadis Kazakhstan sedang cari jodoh, tak kisah kahwini bakal suami gaji RM3k

Gadis Kazakhstan sedang cari jodoh, tak kisah kahwini bakal suami gaji RM3k

 

Berumah tangga bukanlah semudah yang disangka. Selain persiapan mental untuk menjadi suami atau isteri kepada seseorang, kewangan diri juga sebenarnya perlu kukuh dan stabil terlebih dahulu.

Apabila sudah mendirikan rumah tangga, perbelanjaan bulanan boleh meningkat mendadak dan berbeza berbanding ketika masih bergelar bujang.

Jadi, amat penting bagi pasangan untuk memastikan kewangan mereka kukuh dan mencukupi untuk menempuh cabaran hidup berdua kelak.

Masalah kewangan ini pula jika tidak diuruskan dengan baik dan tidak jumpa jalan keluar, mungkin boleh meninggalkan kesan emosi yang mendalam kepada pasangan suami isteri.

Jadi, tak hairanlah ada yang menjadikan gaji pasangan pada jumlah tertentu sebagai salah satu kriteria yang akan diperhalusi sebaiknya.

Bagi gadis yang berasal dari Kazakhtan ini pula, wanita di negaranya mempunyai pandangan tersendiri tentang jumlah gaji yang dimahukan daripada bakal suami.

Menerusi TikTok, @annaspstory, Darya berkata mereka secara umumnya tidak memandang jumlah gaji suami atau menetapkan had tertentu sebagai kriteria yang perlu dipenuhi.

Apabila @annaspstory ingin mengesahkan kenyataannya, gadis ini menceritakan pengalaman kenalannya dari Kazakhstan yang menyambung pelajaran di negara ini.

Kata Darya, ketika mereka menamatkan pengajian dan mula bekerja, gaji sebanyak RM3,000 sudah cukup untuk menampung kehidupan berdua.

“Duit bukanlah segalanya bagi mereka (kenalannya) kerana mereka saling menyayangi antara satu sama lain,” ujarnya lagi.

Darya yang sedang mencari pasangan hidup sekali lagi menegaskan bahawa RM3,000 sebenarnya sudah cukup untuk menjalani kehidupan yang selesa.

@annaspstory

How Much Do You Need to Earn Per Month to Marry a Kazakhstan Girl?..

♬ original sound – MR PRODUCER SP – MR PRODUCER SP

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna media sosial berkenaan pendapat wanita dari Kazakhtan itu.

Antaranya, ada yang berpendapat bahawa RM3,000 yang dimaksudkan Darya mungkin adalah gaji bersih selepas melangsaikan semua komitmen bulanan.