Bukan tempat rehat kepala, rupanya ini fungsi sebenar ‘headrest’

Bukan tempat rehat kepala, rupanya ini fungsi sebenar ‘headrest’

 

Bukan tempat rehat kepala, rupanya ini fungsi sebenar ‘headrest’

Teknologi keselamatan yang ada pada kereta hari ini cukup moden, sekaligus menjadikan kenderaan tersebut lebih selamat untuk digunakan setiap hari.

Selain ciri-ciri keselamatan standard seperti tali pinggang keselamatan dan beg udara, kereta moden hari ini juga dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang dikawal secara elektronik.

Antaranya sistem Brek Anti-kunci (ABS), Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC), Brek Kecemasan Automatik (AEB), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC) dan banyak lagi.

Namun begitu, ada juga ciri-ciri keselamatan yang ada dalam kereta yang selama ini kita salah sangka dan sebenarnya fungsinya sangat penting kepada penumpang.

Salah satunya adalah headrest, yang mungkin ramai ingat fungsi utamanya adalah untuk merehatkan kepala supaya lebih selesa ketika memandu.

Sesuai dengan namanya, headrest (head/kepala & rest/rehat). Setidaknya, mungkin itulah anggapan kita selama ini, kan?

Namun begitu, siapa sangka headrest sebenarnya bukanlah bermaksud tempat rehat kepala dan fungsi utamanya bukan untuk dijadikan tempat merehatkan kepala semasa memandu.

Menurut portal Carl Black Of Orlando, headrest bukan bermaksud head/kepala & rest/rehat, sebaliknya adalah singkatan daripada dua perkataan iaitu head restraint.

Manakala fungsi utamanya pula adalah untuk tujuan keselamatan yang sangat penting, lebih-lebih lagi ketika berlaku kemalangan.
Ia dapat mengurangkan kecederaan leher yang teruk atau dikenali sebagai whiplash, yang disebabkan oleh pergerakan belakang kepala dan leher akibat kemalangan, terutamanya ketika hentaman berlaku daripada belakang.

Headrest yang diletakkan pada posisi yang betul terbukti dapat mengurangkan kadar kecederaan di bahagian leher, sehingga 43 peratus ketika kemalangan berlaku.

Disebabkan ia memiliki ciri-ciri keselamatan yang penting, semua kereta moden hari ini dilengkapi dengan headrest. Malah, banyak negara turut mewajibkan kompenan ini dipasang dalam kenderaan yang dijual dalam pasaran mereka.

Menurut Carl Black of Orlando, headrest perlu dilaraskan sekurang-kurangnya sama dengan titik pusat graviti kepala.

Secara mudahnya, ia bersama kira-kira 3.5 inci dibawah bahagian yang diukur dari atas kepala.

Selain itu, jarak belakang kepada dengan permukaan headrest juga perlu diminimakan. Jika terdapat jarak lebih empat inci, risiko untuk kecederaan leher boleh meningkat.