“Ingat T20 nak beli ke barang dia” – Founder produk timbang kilo dikecam halau B40 dalam ‘live’

“Ingat T20 nak beli ke barang dia” – Founder produk timbang kilo dikecam halau B40 dalam ‘live’

 

“Ingat T20 nak beli ke barang dia” – Founder produk timbang kilo dikecam halau B40 dalam ‘live’.

Golongan B40 sering dipandang rendah oleh segelintir pemilik bisnes meskipun realitinya mereka jadi penyumbang utama ke atas jualan mereka.

Baru-baru ini, kecoh di media sosial berhubung seorang founder yang dikatakan berlaku biadap terhadap penonton sewaktu siaran langsung di platform TikTok.

Salah seorang pengguna TikTok berkongsi kisah di mana seorang founder kecantikan yang didakwa menghalau penonton yang digelar B40 dek hanya kerana bertanyakan soalan berkaitan harga produk yang dijual.

“Ada hamba Allah ni cakap dekat komen tak de yang murah sikit ke, founder terus halau dia dari live lepas tu founder tu cakap dia tidak menagih simpati dengan golongan B40, kalau tak de duit belah dari live aku,” kongsinya.

Susulan percakapan celupar dari founder terbabit telah menyebabkan penonton keluar secara beramai-ramai yang pada ketika itu dari 500 orang menurun sehingga 30 orang sahaja.

Lelaki ini langsung melontarkan fakta yang tentang realiti yang membuatkan produk timbang kilo boleh hidup adalah disebabkan B40 dan M40 yang mana gaji dibawah paras RM8,000 sahaja.

Selebihnya hanya golongan elit yang akan dapatkan produk berjenama yang dijual menerusi butik-butik terkenal.

Dia juga menitipkan pesanan kepada penjual untuk menjadi lebih berhemat dan mengikut cara Nabi Muhammad S.A.W yang cukup terkenal dengan budi pekerti.

Malah, seorang founder kecantikan terkenal turut bersuara meluahkan rasa geram dengan tindakan penjual terbabit yang merendah-rendahkan B40 sedangkan majoriti penyokong produk sebegini datang dari golongan terbabit.

Dia turut menegaskan jika kalau founder dahulu juga bermula dari B40 dan selepas berjaya di dalam bisnes barulah duduk dalam kelompok T20.

Founder ini turut menegaskan bahawa kasta yang ditetapkan oleh kerajaan ini bukanlah untuk merendahkan golongan yang berpendapatan kecil tetapi lebih kepada dalam memudahkan pemberian subsidi yang lebih teratur.

@miss_tyra.94

#noir #madammunoir #ladyofnoirmalaysia

♬ original sound – Miss_Tyra – Miss_Tyra

Gara-gara pertuturan celupar tersebut telah membawa padah apabila rata-rata netizen membidas founder tersebut yang melihat golongan B40 seolah-olah mengganggu bisnesnya dan tidak layak membeli produk berkenaan.

Selain itu, orang ramai turut melancarkan kempen boikot terhadap jenama founder terbabit selepas menghina golongan B40 secara terang-terangan.