“Saya boleh menilai hati seseorang” – Founder dedah sisi sebenar Muhammad Sajjad

“Saya boleh menilai hati seseorang” – Founder dedah sisi sebenar Muhammad Sajjad
Pengasas jenama penjagaan kulit tempatan iaitu Supia memuji usahawan sensasi, Nur Sajat yang sering mengutamakan keluarga dalam segala hal.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Supia dilihat memberi hadiah telefon pintar berjenama antarabangsa kepada Sajat selepas menyedari keadaan telefon yang digunakannya.
Saya boleh menilai hati seseorang.
Segala wang yang Sajat dapat, semuanya dia berikan pada keluarga.
Apa-apa pun akan dahulukan keluarga, mak dan ayah.
Telefon yang Sajat pakai teruk sangat. Sebab itulah saya hadiahkan telefon baru untuknya.
Dalam pada itu, Supia berterima kasih kepada Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman kerana menjalinkan hubungan yang ikhlas antara satu sama lain.
@supiaufora Sy bukan nak memuji, tp sy sudah boleh menilai hati seseorang.. segala wang yang sajat dapat, semua nya akan di berikan pada keluarga.. apa2 pun akan dahulukan keluarga, mak dan ayah.. iphone yg sajat pakai, masyaAllah.. teruk sgt2.. sbb itu lah sy hadiahkan iphone baru utk sajat.. Terima kasih kerana ikhlas dalam hubungan dan kerjasama antara kita.. @nursajat kamaruz zaman
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji usahawan sensasi berusia 40 tahun itu kerana sentiasa bersikap baik walaupun menerima pelbagai kata negatif. Selain itu, warganet turut sebak melihat reaksi Sajat yang menerima telefon baru tersebut.