“Hapuskan sistem abang long kawasan” – Founder Misi sasar raih RM100 juta cetus pelbagai reaksi

“Hapuskan sistem abang long kawasan” – Founder Misi sasar raih RM100 juta cetus pelbagai reaksi

 

“Hapuskan sistem abang long kawasan” – Founder Misi sasar raih RM100 juta cetus pelbagai reaksi

Nama Founder Misi menjadi bualan ramai pada tiga tahun apabila cuba meraih kutipan dana sebanyak RM20 juta dan mengeluarkan matawang sendiri yang didakwa lebih berharga daripada emas.

Baru-baru ini dia berkongsi sasaran terbaharu untuk aplikasi mudah alih perkhidmatan penghantaran makanan yang dibangunkan sejak beberapa tahun lalu.

Menerusi perkongsian hantaran Facebook, Founder Misi menyatakan dia sudah all out wang simpanan sehingga hampir kering untuk sokong server Misi.

Dia turut yakin sistem tersebut akan mencapai tahap di mana ia boleh beroperasi dengan sendirinya.

Dia turut menyatakan hasrat di mana pada tahun ini sistem tersebut dapat menjana hasil jualan ratusan juta ringgi.

“Akhirnya hari ini tahun 2025, sistem berdiri sendiri self-sustain dan mula menuju bina jualan RM100 juta untuk vendor dan rider seluruh Malaysia.

“Jika kali terakhir anda buka Misi tahun lalu, sila buka semula. Banyak perubahan yang saya programkan hari-hari hasil daripada maklum balas anda semua di ruangan komen.

“Tahun ini tahun warna emas di mana-mana seluruh Malaysia,” kata Founder Misi.

Berita terbaharu itu meraih perhatian penyokong-penyokongnya. Bagaimanapun didapati ramai pengguna yang tidak berpuas hati dengan sistem ‘Abang Long Kawasan’ yang masih ada di dalam aplikasi tersebut.

Menurut pengguna sistem ‘Abang Long Kawasan’ merujuk kepada kuota rider yang boleh berada di dalam satu kawasan. Hanya rider  berdaftar di kawasan itu sahaja yang boleh membuat penghantaran pesanan.

Difahamkan sistem sedemikian dibuat bagi memastikan rider mendapat pendapatan yang setimpal.

Bagaimanapun perkara ini tidak dapat diterima oleh ramai pengguna yang mempunyai niat mahu menjadi rider aplikasi tersebut.

Ramai meminta Founder Misi untuk membuat sistem lebih terbuka dan adil seperti aplikasi-aplikasi sistem penghantaran makanan yang lain.

Orang ramai turut meminta pelbagai lagi isu-isu berkaitan yang ada pada aplikasi tersebut dapat diselesaikan segera. Bukan setakat menabur impian di media sosial — tetapi aplikasi terus merumitkan pengalaman pengguna, rider dan vendor.