Majlis selawat tapi selit lagu remix Dua Lipa, Ustaz Firdaus Firabib mohon maaf

Majlis selawat tapi selit lagu remix Dua Lipa, Ustaz Firdaus Firabib mohon maaf

 

Majlis selawat tapi selit lagu remix Dua Lipa, Ustaz Firdaus Firabib mohon maaf

Baru-baru ini, tular di media sosial video memaparkan sebuah majlis agama di Kedah menggunakan lagu remix Levitating X Who Ladki ketika berselawat.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku semasa Majlis Malam Sejuta Selawat yang diadakan di Masjid Al Busyra Merbok pada 4 Julai lalu.

Penularan video terbabit telah mendapat pelbagai reaksi di mana kebanyakan orang mengecam perbuatan tersebut yang disifatkan mereka sebagai mempersendakan agama.

Cakna dengan perkara itu, Imam dan Pengerusi Masjid Al Busyra Merbok, Mohd Firdaus Mat Akhir atau lebih dikenali Firdaus Firabib tampil memohon maaf kepada orang ramai yang tidak senang dengan adegan terbabit.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya, dia dengan rendah diri turut memohon keampunan kepada Allah SWT.

“Demi Allah saya tak berkecil hati dengan teguran yang baik dari mereka yang ikhlas dan benar. Saya sedikit pun tidak ingin mempertahankan diri saya yang lemah dan sering melakukan kesalahan walaupun saya boleh memberi berbagai alasan untuk mendapatkan sokongan,” katanya.

Menurutnya, Mohd Firdaus berjanji tidak akan mengulangi perkara itu lagi yang boleh mencemarkan majlis yang mulia.

“Saya hanya harap Allah mengampunkan segala dosa-dosa saya serta akan dipandang oleh Nabi Muhammad di akhirat kelak.

“Saya maafkan semua mereka yang mencaci dan menghina saya dalam ruangan komen dan perkongsian.