Iddah belum habis, Fazura sudah ‘dilamar’ ketika live

Iddah belum habis, Fazura sudah ‘dilamar’ ketika live

 

Iddah belum habis, Fazura sudah ‘dilamar’ ketika live.

Pelakon dan penyanyi, Nur Fazura sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas tampil bersama anaknya, Fatima menerusi sesi siaran langsung di TikTok, pada Selasa.

Menerusi sedutan siaran langsung yang dikongsikan semula di TikTok memaparkan Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin asyik menjawab persoalan dan pertanyaan peminatnya di ruangan komen.

Tetapi apa yang mencuri tumpuan ramai adalah respon bersahaja daripada Fazura selepas salah seorang peminat bergurau dengan melamar dan mengajaknya berkahwin.

Allahu, idah tak habis lagi nak kahwin macam mana.

Apabila ditanya mengenai kes saman, Fazura menjawab perkara itu sedang dijalankan selain mendedahkan ramai individu yang bakal disaman.

Ramai sebenarnya dan kita dah kenalpasti ramai. Tapi tindakan tu tetap, ada yang keterlaluan sangat. Itu semua kita serahkan kepada polis dan Allah.

@stokin.yg.hilang

comel jer faz bila jawab soalan fans 😂 #fazura #fattahamin #fazuraLIVE

♬ Bertahan Demi Cinta – Fazura & Fattah Amin

Sementara itu, Fazura mengakui tidak kisah dengan komen negatif dan kecaman yang dilemparkan kepadanya kerana percaya setiap perbuatan manusia di atas muka bumi ini dilihat oleh yang Maha Esa.

Selain menyerahkan segalanya kepada Allah SWT, Fazura turut meminta para peminatnya mendoakan yang terbaik buat dirinya.

Saya tahu ramai peminat yang geram dan sebagainya, saya harap semua bersabar. Saya tahu ramai yang sayangkan saya, tapi bersabar okay. Kita serahkan semuanya kepada Allah dan kita tak perlu buat apa-apa.

Terdahulu, Fazura dan Fattah disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 7 Oktober lalu.

Pada 13 September, Fazura memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.