Fazura buat laporan polis berkaitan fitnah seorang wanita
Fazura buat laporan polis berkaitan fitnah seorang wanita.
Pelakon Nur Fazura membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, Selangor, semalam, dipercayai berhubung kenyataan fitnah yang dimuat naik seorang wanita di Instagram (IG).
Bagaimanapun, butiran terperinci mengenai fitnah yang dilemparkan pengguna media sosial itu belum dapat dikenal pasti.
Menurut sumber Harian Metro (HM), Fazura hadir ke balai polis berkenaan bagi membuat laporan polis berhubung kenyataan fitnah yang dibuat wanita terbabit terhadapnya.
“Saya belum dapat kongsikan maklumat selanjutnya,” katanya.
Terdahulu, Fazura memuat naik foto sedang berada di Jabatan Siasatan Jenayah, IPD Petaling Jaya berhubung perkara itu.
Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs) miliknya, Fazura tidak menyatakan kehadirannya di balai polis terbabit.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaa’afar ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan dibuat pelakon wanita itu.