“Kena minta kalau nak guna” – Lelaki buat ‘fatwa’ sendiri, izin isteri kerja tapi ambil semua duit gaji

“Kena minta kalau nak guna” – Lelaki buat ‘fatwa’ sendiri, izin isteri kerja tapi ambil semua duit gaji

 

“Kena minta kalau nak guna” – Lelaki buat ‘fatwa’ sendiri, izin isteri kerja tapi ambil semua duit gaji

Ramai wanita masa kini memilih untuk bekerja dan tidak terlalu bergantung kepada suami.

Namun, ada pula lelaki yang suka mengambil kesempatan dan tergamak menggunakan wang hasil titik peluh isteri.

Di TiKTok, tular kisah seorang wanita yang dirampas haknya, malah terpaksa merayu untuk menggunakan wang miliknya sendiri.

Menurut pengadu, dia tidak boleh membelanjakan wang sesuka hati, malah kad bank miliknya juga dipegang si suami.

“Saya bekerja, gaji suami ambil semuanya sebab dia cakap dia dah izinkan saya bekerja. 

“Kad bank saya suami pegang. Saya perlu minta dekat suami apabila nak guna duit saya sendiri. 

“Suami akan marah kalau saya minta lebih daripada jumlah yang ditetapkan atau nak beli apa-apa yang dia rasa membazir,” luah pengadu.

Menurut wanita itu, dia juga sering bergaduh dengan suaminya gara-gara masalah tidak berkesudahan itu.

“Suami juga guna duit saya tanpa beritahu dan minta izin. Apabila saya bertanya dan minta, akan jadi pergaduhan.

“Suami memang berhak ke pegang kad bank saya dan ambil gaji saya sebab dia dah izinkan saya bekerja?” soal wanita itu.

Luahan wanita itu dikongsi menerusi akaun TikTok seorang peguam syariah, Fatimah Majidah sebelum dia menjawab persoalan berkenaan.

“Suami tidak berhak pegang kad bank isteri dan tak boleh ambil satu sen pun duit gaji isteri walaupun suami beri izin isteri bekerja,” tulis peguam itu ringkas.

Kisah itu turut mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan tindakan lelaki berkenaan.

“Kalau suami yang faham agama dia tak akan buat macam tu.

“Lebih baik hidup sendiri daripada dapat suami jenis ambil kesempatan.

“Jadilah perempuan cerdik. Bukan bodoh ikut telunjuk suami macam syaitan, geram aku,” tulis netizen.