Bagi peluang ‘dating’ dengan Fatima, Fattah Amin ucap terima kasih kepada Fazura
Pelakon terkenal, Fattah Amin sambut hari jadi anak dengan meluangkan masa berdua di taman permainan kanak-kanak.
Menerusi hantaran yang dibuat di Instagram, Fattah mengucapkan selamat hari lahir buat Nur Fatima Aisya sambil menyertakan gambar serta video sewaktu mereka meluangkan masa bersama.
Dalam hantaran tersebut, pelakon terbabit turut mengucapkan terima kasih kepada ibu kepada anaknya, Fazura apabila memberi peluang meraikan hari ulang tahun berdua bersama anak mereka.
Ujarnya, Fatima sampai tertidur sebelum pulang kerana begitu gembira bermain dan meraikan ulang tahunnya bersama bapa tersayang.
“Kesian sampai tertido balik tu.. thank you Mommy bagi chance Daddy dating dengan Fatima” tulisnya.
Dapat dilihat mereka meluangkan masa berdua tanpa ada sesiapa di tempat permainan kanak-kanak berkenaan dan Fattah terlihat gembira melayani telatah Fatima.
Mereka juga mengucapkan selamat hari lahir kepada Fatima Aisya yang ke-4 dan berharap segala urusan mereka dipermudah lebih-lebih lagi dengan kontroversi yang sedang melanda keluarga mereka.
Sekadar info, isteri kepada Fattah Amin, Fazura telah menfailkan tuntutan penceraian kepada pelakon tersebut pada 13 September 2024.
Walau bagaimanapun, tiada sebarang lafaz cerai diungkapkan oleh Fattah kerana mengakui masih lagi menyayangi isteri dan anaknya serta berasa terkejut dengan keputusan yang dibuat Fazura.
Kita doakan yang terbaik buat mereka dan masing-masing menemui titik penyelesaian untuk masalah yang melanda.