Fattah Amin beri ‘hint’ sudah jumpa pengganti?
Fattah Amin beri ‘hint’ sudah jumpa pengganti?
Pelakon terkenal, Fattah Amin menjadi bualan hangat ramai apabila didakwa sudah temui pengganti baru selepas disahkan bercerai dengan bekas isterinya, Nur Fazura pada 7 Oktober lalu.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin di laman TikToknya, dapat dilihat dia kini sedang bercuti di Dubai.
Bagaimanapun, perkongsian tersebut mengundang perhatian ramai apabila aktor yang berusia 34 tahun itu seolah-olah memberi bayangan hatinya kini sudah dimiliki oleh seorang wanita.
“Yang di jalan hati-hati, yang di hati jangan jalan-jalan,” ujarnya ringkas di ruangan kapsyen.
@fattahamin Yang di jalan hati-hati, yang di hati jangan jalan-jalan! #hatihati
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja malah ada yang mendawa Fattah Amin menjalin hubungan istimewa bersama penyanyi, Amira Othman kerana kapsyennya mirip seperti lirik lagu wanita berkenaan.
Dalam pada itu, ada segelintir individu terkejut dengan perubahan karakter pelakon drama Playboy Itu Suami Aku yang dilihat berbeza selepas berpisah dengan Nur Fazura.
Sekadar info, Fattah dan Fazura telah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di Shah Alam selepas lebih tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya.