Fattah Amin luah hasrat mahu buka bisnes pertama dengan berniaga kambing perap

Fattah Amin luah hasrat mahu buka bisnes pertama dengan berniaga kambing perap

 

Pelakon sensasi, Fattah Amin berhasrat buka bisnes pertama dengan menjual kambing perap daripada salah satu jenama terkenal tempatan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh jenama kambing perap popular itu laman TikTok, pihaknya menunjukkan tangkap layar perbualan dengan pelakon filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah itu.

Dalam perbualan itu, Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin meluahkan hajatnya untuk menjalankan perniagaan pertama bersama syarikat tersebut.

“Salam bro, untuk first bisnes aku plan nak berniaga kambing Pak Mat. Boleh aku call?” Ujarnya.

Fattah Amin berhasrat buka bisnes

Pertanyaan tersebut disambut baik oleh pihak jenama kambing perap tersebut untuk berhubung dengan Fattah bagi membincangkan perkara tersebut dengan lebih mendalam antara mereka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja dengan keputusan aktor itu malah ada yang berminat untuk bekerja di bawah Fattah.

Dalam pada itu, ramai peminat berharap agar segala urusan bekas suami kepada aktres Nur Fazura ini dipermudahkan dan mendoakan agar apa yang diimpikan tercapai.

Sekadar info, Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di Shah Alam, Selangor selepas lebih tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.