Fatin Afeefa & Opai gagal tahan sebak, hantar anak sulung masuk tahfiz
Fatin Afeefa & Opai gagal tahan sebak, hantar anak sulung masuk tahfiz.
Pelakon dan penyanyi, Fatin Afeefa tidak dapat menahan sebak melihat putera sulungnya yang kini melanjutkan pengajian di sebuah sekolah tahfiz.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pemilik akaun pusat pengajian tahfiz itu, dilihat anak sulung Fatin Afeefa, Adam Aisy Arrian, melafazkan janji di hadapan kedua ibu bapanya.
Dalam lafaz tersebut, Adam berjanji untuk berusaha sehingga menjadi seorang hafiz al-Quran dalam tempoh setahun.
Semoga saya dikuatkan semangat. Terima kasih Mummy dan Bapak, saya mohon doa untuk kejayaan saya.
Fatin dan suami, Aliff Awang dilihat tidak dapat menahan air mata mendengar lafaz janji dari anaknya.
Melihat kapsyen hantaran di TikTok, pusat tahfiz Akademi Al-Quran Akmal mengucapkan tahniah kepada Fatin dan Aliff atau lebih dikenali sebagai Opai kerana memiliki anak yang berada di jalan Allah.
Ia adalah tangisan penuh makna, lahir dari lubuk hati seorang ibu dan ayah di dunia realiti, saat menghantar anak mereka ke tahfiz.
Beruntunglah ibu bapanya dikurniakan anak yang berada di jalan menghafal Al-Quran. Tahniah Puan Afeefa dan suami kerana telah memilih untuk berada dalam perjuangan ini bersama anak.
@akademiakmal Ia adalah tangisan penuh makna, lahir dari lubuk hati seorang ibu dan ayah di dunia realiti, saat menghantar anak mereka ke tahfiz. Perjuangan kini bermula. Beruntunglah ibu bapanya dikurniakan anak yang berada di jalan menghafal Quran. Tahniah Puan Fatin Afeefa dan suami kerana telah memilih untuk berada dalam perjuangan ini bersama anak. Moga Allah permudahkan langkah mereka 🤲🏻✨ #akmalspeedtahfizprogramme #hafizsetahun #akademiakmal #tahfiz #tahfizakmal #alquran #hafizquran #30juzuk #fatinafeefa #hafizquran #fyp #sahamakhirat
♬ original sound – Akademi Al-Quran AKMAL – Akademi Al-Quran AKMAL
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak dengan momen yang dimuat naik dan mendoakan agar urusan Adam dipermudahkan.