“Penyewa yang bayar ansuran pinjaman” – Farid Kamil tak tahu rumah teres bakal dilelong

“Penyewa yang bayar ansuran pinjaman” – Farid Kamil tak tahu rumah teres bakal dilelong

 

“Penyewa yang bayar ansuran pinjaman” – Farid Kamil tak tahu rumah teres bakal dilelong

Pelakon, Farid Kamil tidak tahu-menahu mengenai rumah teres dua tingkat miliknya yang dikatakan dalam proses lelong dengan harga lebih setengah juta Ringgit kerana pinjaman rumah dibayar oleh penyewa sejak 2019.

Farid berkata, selama rumah itu disewa, dia tidak berdepan sebarang masalah sehingga dimaklumkan mengenai lelongan itu.

“Saya sudah tidak tinggal di rumah itu sejak lebih 10 tahun lalu. Rumah berkenaan disewakan sejak 2019.

“Sejak dari itu penyewa membayar terus ke akaun bank pinjaman rumah ini. Sebelum ini tiada apa-apa masalah sehingga sekarang baru dapat tahu rumah itu akan dilelong,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Farid, isu rumah beralamat di Jenjarom, Selangor itu akan diselesaikan dengan segera oleh penyewa berkenaan.

“Penyewa berjanji akan menyelesaikan masalah ini secepat mungkin. Harap ini menjawab segala spekulasi,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial  mengenai sebuah rumah teres dua tingkat yang dikatakan milik pelakon popular, Farid Kamil yang dalam proses lelong dengan harga lebih setengah juta Ringgit.

Perkara lelongan itu menjadi kecoh dan menarik perhatian ramai apabila tersebar iklan mengenainya yang diletakkan pada senarai lelongan awam bertarikh 22 Januari ini.

farid kamil 3