Fakta menarik tentang negeri Perak yang ramai tak tahu, dah baca mesti anda teruja

Fakta menarik tentang negeri Perak yang ramai tak tahu, dah baca mesti anda teruja

 

Perak Darul Ridzuan mempunyai fakta yang menarik tetapi ramai yang tidak tahu termasuklah rakyat Perak sendiri tetapi bukan semua.

Di sini, kami ingin kongsikan serba sedikit fakta-fakta menarik berkenaan dengan negeri Perak Darul Ridzuan.

Keluasan negeri Perak Darul Ridzuan

peta perak

Negeri Perak Darul Ridzuan adalah negeri kedua terbesar di Semenanjung Malaysia dengan keluasan 21,005km² selepas negeri Pahang Darul Makmur dengan merangkumi 6.4% keluasan Malaysia dan merupakan negeri keempat paling besar di Malaysia!

Rafflesia

rafflesia

Negeri Perak Darul Ridzuan juga pernah menemukan beberapa rafflesia yang mana kebiasaannya hanya ditemukan di Pahang dan Malaysia Timur.

Salah satunya diberi nama Rafflesia Azlanii sempena nama Sultan Perak , Sultan Azlan Shah.

Di hutan Royal Belum juga pernah ditemukan rafflesia 10 kelopak yang pertama di dunia.

Durian

durian

Negeri Perak juga adalah negeri yang menjadi syurga kepada penggemar durian memandangkan durian antara tanaman terbesar di Perak dan menempatkan baka-baka durian kampung terbaik.

Jika Perak adalah sebuah negara, mungkin durian adalah eksport terbesarnya. Teringat pulak lagu Mr Os kita.

Sungai Perak

sungai perak

Sungai Perak adalah sungai kedua terpanjang di semenanjung Malaysia selepas sungai Pahang dengan panjangnya 400km, mengalir melalui hampir kesemua daerah di Perak dari Hulu Perak ke Hilir Perak.

Sungai ini memainkan peranan penting suatu ketika dahulu kerana menjadi laluan Sultan dari Kuala Kangsar ke Indonesia dan cawangannya sangat kaya dengan bijih timah.

Nama Perak juga diperoleh dari sungai ini yang warna airnya putih perak (pada waktu dulu, sekarang coklat warnanya).

Keris Taming Sari

taming sari

Ramai yang menyangka dan juga tidak tahu bahawa keris Taming Sari sudah tiada dan tinggal sejarah ataupun hanya sekadar cerita dongeng sahaja.

Anda salah kerana ianya sekarang berada di bawah kawalan kerajaan Perak.

Bagaimana keris dari Melaka ini boleh berada di Perak?

Ini adalah kerana keturunan diraja Perak berasal dari keturunan Sultan Muzaffar yang dihantar untuk memerintah Perak.

Dengan erti kata lain, kerabat diraja Perak mempunyai susur galur yang sama dengan kerabat Kesultanan Melaka.

Bukit Larut

bukit larut

Bukit Larut, Taiping adalah kawasan paling lembap di Malaysia dengan taburan hujan 325 hari setahun.

Hujan turun di sini hampir setiap petang dan dijadikan sebagai penanda samada Taiping akan hujan atau tidak.

Awan aneh menyelubungi bukit ini hampir setiap masa dan mempengaruhi cuaca di Taiping.

Jika anda berpeluang ke Taiping dan melalui jejambat yang melintasi rel keretapi pada waktu hujan, anda akan perasan pada tengah jambatan itu akan berlaku “pemisahan kawasan” yang mana sebelah kawasan hujan sementara sebelah lagi tidak.

Poco-Poco

poco poco

Perak adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang mengharamkan tarian Poco-poco.

Ianya berdasarkan fatwa Mufti Perak sekitar bulan Mac 2011 yang mendakwa ianya membentuk simbol salib dan diamalkan di Jamaica.

Maka, tiada poco-poco di negeri Perak!

Bahasa

bahasa

Perak adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang mempunyai 5 dialek iaitu dialek Utara bagi daerah Kerian dan LMS, dialek Kelantan bagi Hulu Perak, dialek Kepulauan Indonesia bagi Kinta dan Kampar, dialek Lembangan Sungai Perak bagi Kuala Kangsar, Manjung dan Perak Tengah sementara dialek Selatan bagi Batang Padang dan Hilir Perak.

Jangan terkejut kalau dengar orang Perak cakap dialek Utagha atau Pantai Timur pulak lepas ni sebab memang ada.

Mungkin ada lagi fakta menarik yang anda tahu, jom kongsikan bersama kami!

Adioss!!!