Erra Fazira kongsi rahsia awet muda, amalkan petua tradisi dari ibu

Erra Fazira kongsi rahsia awet muda, amalkan petua tradisi dari ibu
Pelakon jelita yang sentiasa kelihatan anggun dan menawan, Erra Fazira berkongsi rahsia di sebalik penampilannya yang kekal awet muda walaupun kini sudah mencecah usia 51 tahun.
Menerusi podcast Hitam Putih Kehidupan bersama Datuk Rosyam Nor, Erra berkongsi bahawa rutin penjagaan diri yang diamalkannya sejak dulu adalah hasil tunjuk ajar daripada ibunya sendiri.
Apa yang saya amalkan adalah apa yang mak ajar saya daripada zaman muda lagi. Penjagaan kulit, pemakanan dan senaman semua saya ikut mak saya.
Menurutnya lagi, ibunya masih kekal aktif bersenam dan menjaga penampilan walaupun telah berusia. Malah, ibunya mengamalkan rutin melumur losyen ke seluruh badan dan wajah selama 10 minit setiap hari.
Alhamdulillah sampai sekarang ni mak saya masih lagi aktif bersenam. Dia biasa akan duduk selama 10minit dan lumurkan losyen pada badan, muka. Rutin tu dilakukan sejak dia muda sampai sekarang.
Contohnya kalau shampu rambut pun tak akan tukar dari dulu sampai sekarang.
Bukan itu sahaja, pelakon Maria Mariana ini turut memberitahu bahawa ibunya seorang yang sangat tegas dalam soal pemakanan.
Pemakanan pun mak pantau juga, jangan makan bergoreng, jangan ambil kafein. Kalau ikutkan banyak lagi yang pantangnya.
Konsistensi dan disiplin tinggi dalam menjaga gaya hidup sihat ternyata menjadi kunci utama kecantikan asli Erra Fazira, sekaligus menjadi inspirasi buat ramai wanita untuk kekal sihat dan menawan walaupun meningkat usia.
Salah satu buat dia cantik mantain sebab dia tak buat muka dan badan. Dia biarkan badan muka menua seiring usia. hanya jaga apa yang patut.
Dia memang ori lawa, jaga makan, happy life, ada duit untuk maintain kan kecantikan. Memang rajin nak jadi lawa, kalau ada semua benda tapi malas nak cantikkan diri tak jadi jugak
Erra macam jenis jarang stress tu yang sentiasa muda walaupun banyk kontroversi rumah tangga dan macam-macam tapi tetap positive thinking.
@suhanchannelofficial “Apa yang membuatkan Erra mengekalkan kecantikan tu?…” 🤭 SETIAP HARI AHAD | 9 MALAM | YOUTUBE SUHAN CHANNEL DAN USANITA @Rosyam Nor @usanita.hq #podcasthitamputihkehidupan #podcast #countdown #suhanchannel
♬ original sound – Suhan Channel Official – Suhan Channel Official