“Dari lumpuh sampai boleh berjalan..” – 6 tahun jaga waktu terlantar, suami nikah lain lepas seminggu berpisah

“Dari lumpuh sampai boleh berjalan..” – 6 tahun jaga waktu terlantar, suami nikah lain lepas seminggu berpisah

 

Perkongsian seorang pengguna di laman Facebook mengenai suaminya nikahi wanita lain selepas seminggu berpisah telah merobek hati warganet sejak semalam.

Menerusi hantaran dimuat naik Nurul Syazwani, dia mengucapkan tahniah kepada bekas suaminya yang kini sedang menyulam bahagia dengan pilihan hati.

“Tahniah suami, moga bahagia dengan pilihan hati awak.

“Effa Ezan, jagalah dia baik-baik sebagaimana saya pernah jaga dia,” tulisnya serta hantaran gambar pernikahan.

May be an image of 5 people and dais

Dalam pada itu, dia turut menzahirkan rasa syukur kerana telah selesai menjalankan tugas sebagai seorang isteri terutama menjaga suaminya ketika terlantar sakit selama enam tahun.

“Alhamdulillah, saya dah selesai dengan dia. 

“Sekarang masa untuk awak (isteri baharu) ambil alih tanggungjawab saya,” luahnya.

Difahamkan, suaminya berkahwin dengan wanita lain selepas seminggu mereka berpisah.

Sebelum ini, Nurul Syazwani berkongsi pengalamannya menjaga suami yang terlantar sakit akibat kemalangan di media sosial beberapa tahun lepas di laman Facebook.

Rata-rata warganet menitipkan kata-kata semangat buat wanita itu untuk terus kuat dan dipermudah segala urusan pada masa akan datang.