“Ini semua ujian untuk menaikkan darjat Enon di akhirat nanti” – Elyana melawat Siti Bainun di penjara

“Ini semua ujian untuk menaikkan darjat Enon di akhirat nanti” – Elyana melawat Siti Bainun di penjara

 

“Ini semua ujian untuk menaikkan darjat Enon di akhirat nanti” – Elyana melawat Siti Bainun di penjara

Pelakon dan penyanyi, Elyana melawat Siti Bainun yang juga pengasas Rumah Bonda di Penjara Kajang, Selangor, semalam.

Menerusi satu hantaran dimuat naik di Instagram, Elyana memaklumkan dia akhirnya berjaya menunaikan permintaan Bainun atau nama sebenar Siti Bainun Ahd Razali untuk melawatnya di penjara.

“Hari ini (semalam) saya sekeluarga dapat melawat Siti Bainun. Hati ini berbunga-bunga bila abang kepada Enon beritahu, Enon nak berjumpa saya sekeluarga.

“Alhamdulillah, permintaan Enon dah saya tunaikan. Sebenarnya dari awal saya menunggu peluang ini. Terima kasih @bubufitrie tolong akak,” katanya.

Tambah Elyana, perasaannya bercampur baur saat pertama kali bersua muka dengan Bainun, selain menyifatkan wanita itu seorang yang berjiwa besar.

Katanya, Bainun dilihat sangat tenang dan semakin cantik.

Bukan itu sahaja, Elyana memuji sikap Bainun yang lebih memikirkan tentang orang lain berbanding dirinya sendiri.

“Perasaan bercampur baur saat pertama kali bersua muka tadi. Hiba yang tak dapat saya gambarkan. Seorang yang berjiwa besar dan banyak berjasa kini terpisah dengan dunia luar.

Ini semua ujian untuk menaikkan darjat Enon di akhirat nanti. Semoga Enon semakin kuat untuk dugaan yang amat besar ini.

“Terubat rindu dapat bercakap dengan Enon. Walaupun terpisah dengan cermin, tapi kami berbual seperti biasa. Kadang menangis, kadang ketawa. Semuanya positif.  Beliau sangat tenang dan makin cantik! Beliau risau sangat tentang kesihatan saya. Sepatutnya kita yang risau tentang keadaan dia di dalam sana. Itulah Bainun dari dulu sampai sekarang sentiasa memikirkan tentang orang lain lebih dari diri sendiri. Banyak yang beliau korbankan,” katanya lagi.

Kongsi pelatun lagu Kalis Rindu, Siti Bainun memberitahu dia diberi tugas untuk membuat makanan sejuk beku ‘cucur badak’ dan melakukan pelbagai aktiviti setiap hari di penjara.

Saya doakan semoga Mama terus kuat untuk meneruskan kehidupan. Melihat tenangnya mama, mengajar kan saya erti redha atas segala ketentuannya. Enon bagitahu kat dalam penuh dengan aktiviti setiap hari. Dia diberikan tugas untuk buat makanan “frozen”. Cucur badak dia sedap kak!”

Saya cakap tak apa, sebelum balik nanti akak beli segala mak nenek frozen tanda support penghuni yang sedang berusaha menjadi manusia yang lebih baik lagi. Yang diluar sini pun belum tentu lagi semua baiknya. Hanya kerana Allah masih menyimpan Aib kita.

Cakap yang baik-baik. Doa yang baik-baik. Ingat, kita masih ada anak cucu serta keturunan. Jangan lupa kepada ‘apa yang kita Tabur anak cucu kita akan tuai’.

Dalam pada itu, Elyana juga menitipkan pesanan buat keluarga Bainun agar sentiasa menjaga kesihatan.