Elak buka aircond ketika memandu laju, lelaki ini kongsi sebabnya

Elak buka aircond ketika memandu laju, lelaki ini kongsi sebabnya

 

Cuaca panas di Malaysia menjadikan penghawa dingin atau aircond ibarat satu keperluan, terutama di kereta.

Bahkan, nak pergi ke mana-mana dari satu destinasi ke destinasi lain pun kita sering menggunakan aircond kereta untuk kekal segar dan tidak berpeluh.

Tetapi, perlu diingatkan penggunaan aircond dalam keadaan tertentu boleh mengakibatkan komponen dalamannya mudah rosak terutamanya compressor.

Bagi pemilik kenderaan, kerosakan compressor adalah salah satu perkara yang pasti dielakkan kerana ia menelan kos yang tinggi untuk membaikinya.

Bagaimanapun, ramai yang tidak sedar bahawa pemanduan mereka sendiri boleh menjadi punca utama kerosakan ini.

Pernah dengar tak, pandu kereta dalam keadaan laju sambil membuka aircond boleh menyebabkan compressor aircond kereta cepat rosak?

Nak tahu dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian video daripada pengguna TikTok, @altimatautogarage, di bawah.

Menurut seorang lelaki dalam klip tersebut, pemanduan laju sambil membuka aircond boleh mengakibatkan tekanan yang tinggi kepada compressor untuk bekerja.

Compressor bila buka aircond, dia akan berpusing dan magnetic clutch dia akan melekat pada tali kipas (fan belt) dan akan berpusing sekali.

“Dalam compressor ini ada piston yang bergerak juga, kena ingat aircond kereta dia ada cut off.

“Bila sensor dah kesan suhu dalam kereta dah cukup sejuk, compressor akan off dan akan berhenti berpusing,” jelasnya.

Tambahnya, apabila pemandu memandu kenderaan dengan laju, fan belt juga akan berpusing dengan pantas.

Perkara ini akan menyebabkan sensor aircond mengesan suhu dalam kereta dan mengaktifkan semula compressor selepas cut off.

“Jadi apabila compressor onmagnetic clutch akan melekat dekat fan belt yang tengah berputar laju. Dan ia (magnetic clutch) akan berpusing dengan laju secara mengejut.

“Secara tidak langsung perkara ini akan berikan tekanan yang tinggi pada compressor. Jadi piston dalam compressor akan bekerja dengan lebih keras,” kongsinya.

Justeru, sebagai langkah pencegahan, beliau mencadangkan supaya pemandu hanya menggunakan blower atau membuka tingkap ketika memandu laju.

Ini adalah untuk mengelakkan compressor aircond rosak lebih awal.

Semoga bermanfaat.

@altimatautogarage

Compressor aircond cepat jahanam sebab suka bawak kereta laju?!! #bengkel #bengkelkereta #bengkelrepairkereta #bengkelservicekereta #bengkelkeretakuang #bengkelkeretasungaibuloh #bengkelrepairaircondkereta #bengkelserviceaircondkereta #automotive #automotif #automotivemalaysia #automotifmalaysia #bengkelmalaysia #otomotif #otomotifindonesia #otomotifmobil #otomotif_indonesia #otomotifzone #otomotifnet #otomotifweekly #bengkelmobil #bengkelindonesia #kereta #car #cars #carsoftiktok #carspotting #carscene #carshow #compressor #compressoraircond #trending #viral #fyp

♬ original sound – Altimat Auto Garage – Altimat Auto Garage