“Takut bini lah Encik ni..” – Enggan beli produk, ejen ‘air purifier’ perli pelanggan

“Takut bini lah Encik ni..” – Enggan beli produk, ejen ‘air purifier’ perli pelanggan

 

“Takut bini lah Encik ni..” – Enggan beli produk, ejen ‘air purifier’ perli pelanggan

Meskipun barangan elektrik seperti penapis udara dan air tidak menelan angka besar, setiap pelanggan sudah semestinya mempunyai keutamaan dalam menyusun komitmen kewangan mereka.

Tambahan pula, produk-produk sebegitu bukanlah satu ‘kewajipan’ untuk setiap orang. Bahasa mudahnya, lain rumah, lain orang, lain juga keperluannya.

Pun begitu, segelintir ejen atau penjual produk sebegini terkadang gemar mendesak pelanggan dan itulah hal yang dihadapi seorang wanita bernama Puan Jeera Zainal ini.

Di aplikasi Threads, dia sempat berkongsikan paparan mesej yang berlaku antara suaminya, Encik Azuwan dan seorang penjual penapis air.

Meskipun sudah ditolak secara baik dari awal lagi, penjual terbabit sepertinya terus mendesak-desak suami Puan Jeera untuk melanggan produk penapis udara.

Ejen Air Purifier Perli Klien Enggan Beli Produk “Tak Sayang Anaklah Tu Kedekut”

Apa yang mengejutkan, penjual tersebut malah menggunakan unsur-unsur sindiran halus demi memastikan produknya terjual.

Ini termasuklah menggelarkan Encik Azuwan sebagai “takut bini” dan “kedekut” hanya kerana dia bertanyakan pendapat Puan Jeera mengenai keperluan melanggan produk tersebut.

Tidak habis di situ, sindiran yang dilemparkan turut mengaitkan Puan Jeera dengan tugas membersihkan rumah.

Ejen Air Purifier Perli Klien Enggan Beli Produk “Tak Sayang Anaklah Tu Kedekut”

Selepas puas melemparkan ayat-ayat sindiran serta hinaan, penjual itu segera menyekat nombor Encik Azuwan.

Puan Jeera sempat berhubung dengannya semula dan penjual itu sewenang-wenangnya berkata semua ini hanyalah gurauan semata-mata.

Ejen Air Purifier Perli Klien Enggan Beli Produk “Tak Sayang Anaklah Tu Kedekut”

Walhal jika dilihat semula kandungan mesej tersebut, respons yang ditunjukkan ejen terbabit jelas-jelas tidak beretika langsung.

Ejen Air Purifier Perli Klien Enggan Beli Produk “Tak Sayang Anaklah Tu Kedekut”