Bukan niat menggatal, Edika Yusof perjelas komen ‘Hi’ pada gambar wanita lain

Bukan niat menggatal, Edika Yusof perjelas komen ‘Hi’ pada gambar wanita lain

 

Bukan niat menggatal, Edika Yusof perjelas komen ‘Hi’ pada gambar wanita lain

Pelakon, Edika Yusof tampil menjelaskan mengenai tindakannya meninggalkan komen ringkas ‘Hi’ pada beberapa buah foto wanita yang juga model di platform Threads, sebelum ini.

Tiada niat untuk menggatal, Edika atau nama sebenar Muhammad Yusof Abdul Majid, 58, berkata, dia menegur model tersebut bertujuan untuk mencari peluang berkolaborasi menerusi produk penjagaan kulit.

Kita ada buat produk penjagaan kulit. Bekas isteri saya tidak tahu macam mana untuk berinteraksi dengan model antarabangsa. Jadi, saya menyapa dengan ‘Hi’ untuk ajak kolaborasi dengan mereka.

Kalau mereka ada beri respons, baru saya akan lanjutkan dengan kolaborasi itu. Kalau saya curang, buat apa saya buat perkara itu secara terbuka di media sosial.

Saya tidak pernah ada rekod curang. Telefon bimbit saya pun bekas isteri dan anak boleh buka.

Apa yang menarik perhatian ramai apabila Edika tidak menyedari foto wanita tersebut bukan manusia sebenar, tetapi foto dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Dalam pada itu, Edika memberitahu, akaun Thread miliknya itu sudah digodam dan dia juga sudah lama tidak menggunakan platform tersebut.

Akaun saya kena godam, ikutkan dah enam ke tujuh bulan juga kena godam. Tapi baru-baru ini katanya akaun saya itu masih aktif.

Saya pun tak ingat bila kali terakhir saya aktif guna akaun itu. Sebab saya hanya aktif di IG dan TikTok saja tapi itu pun saya kongsikan perkara yang penting saja.

Pada Isnin lalu, Edika sudah melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya iaitu Nor Hidayah Yusri di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Perseketuan, Kuala Lumpur.