“Menangis-nangis sembahyang tahajud” – Jaga solat, Ebit Lew puji Aisar Khaled

“Menangis-nangis sembahyang tahajud” – Jaga solat, Ebit Lew puji Aisar Khaled

 

“Menangis-nangis sembahyang tahajud” – Jaga solat, Ebit Lew puji Aisar Khaled

Personaliti pendakwah Ebit Lew puji Aisar Khaled susulan pempengaruh media sosial itu yang sangat mengambil berat tentang solatnya dan seringkali menunaikan ibadah itu di awal waktu.

Menerusi satu hantaran di TikTok, Ebit Lew telah memuat naik satu video memaparkan dirinya bersama Aisar di sebuah program pengagihan makanan kepada 250 keluarga gelandangan.

Pada ketika itulah, Ebit Lew mengambil kesempatan untuk memuji Aisar dan mendedahkan pempengaruh itu sangat menjaga solat sejak dahulu lagi.

Menurutnya, ketika negara sedang ditutup susulan pandemik COVID-19, Aisar selalu menunaikan solat tahajud seawal 3 pagi bersama rakan-rakannya.

“Jaga solat waktu. Aisar ni jaga solat waktu daripada dulu lagi. Masa zaman COVID, kami ada program.

“Aisar sembahyang awal, pukul 3 pagi sembahyang tahajud. Pukul 3 pagi nangis-nangis berdoa bersama kawan-kawan, bukan calang-calang,” pujinya.

Dalam pada itu, Ebit Lew juga menitipkan pesan kepada semua orang untuk turut menjaga solat lima waktu dan tunaikan kewajipan itu seawal yang boleh.

“Jadi kalau nak berjaya diberkati dan Allah sayang, jaga solat awal waktu dan solat tahajud, insyaAllah,” ujarnya.

Pada masa yang sama, Ebit Lew turut bertanya jika ada diantara individu yang turut hadir ke program hari itu mahu menjaga solat lima waktu dan Aisar dengan kuat membalas ‘saya’.

Sementara itu, pada ruangan kapsyen Ebit Lew sekali lagi menitipkan pesan disamping turut mengucapkan tahniah kepada pempengaruh tersebut.

“Allah sayang kita bila kita jaga solat awal waktu dan solat tahajud. InsyaAllah, berkat doa dan didikan mak ayah yang baik. Tahniah Aisar,” tulisnya.

@ustazebitlew

Allah sayang kita bila kita jaga solat awal waktu dan solat Tahajud. insyaAllah berkat doa dan didikan mak ayah yang baik. Tahniah @aisarkhaledd Umrah @WeTime Travel & Tours 15 – 25 April Umrah Eksklusif 2025 #aisarkhaledd #ebitlew #wetimetravel #umrahwetime

♬ PadaMu Kubersujud – Religi Islam – Afgan

Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya yang turut memuji Aisar susulan pendedahan daripada Ebit Lew itu termasuk pujian daripada warga di Indonesia.

Selain itu, Aisar juga sempat meninggalkan komen yang turut mengingatkan orang ramai untuk tidak meninggalkan solat tidak kira apa kesalahan yang pernah dibuat.

Sekadar info, kedua-dua Ebit Lew dan Aisar pernah terpalit beberapa kontroversi yang berbeza sehingga menyebabkan mereka menerima kecaman ramai.

Ebit Lew pernah didakwa memanipulasi beberapa wanita untuk memenuhi kemahuan seksualnya, manakala Aisar pernah didakwa melakukan penipuan terhadap para pembeli produknya.