“Ni baru betul durian runtuh” – Wanita ‘asyik’ makan durian cemas raja buah jatuh atas kepala
![“Ni baru betul durian runtuh” – Wanita ‘asyik’ makan durian cemas raja buah jatuh atas kepala “Ni baru betul durian runtuh” – Wanita ‘asyik’ makan durian cemas raja buah jatuh atas kepala](https://beritaperak.com/wp-content/uploads/2025/02/bp-raja-buah-e1739018729839.jpg)
“Ni baru betul durian runtuh” – Wanita ‘asyik’ makan durian cemas raja buah jatuh atas kepala
Seorang wanita di Indonesia berdepan detik cemas apabila raja buah iaitu durian jatuh di atas kepalanya.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, ketika kejadian dia sedang berteduh di bawah sebatang pohon durian sambil menikmati seulas buah tersebut.
Dalam rakaman video, wanita tersebut sempat menunjukkan buah durian yang berada di atas kepalanya.
Ketika sedang asyik menjamah buah itu, sebiji durian tiba-tiba jatuh tepat di kepalanya membuatkan dia mengadu kesakitan.
Semoga kejadian ini tidak terjadi lagi
Wanita itu mendakwa kemungkinan buah durian itu sudah masak tetapi menunggu jatuh apabila dia duduk di bawahnya.
Katanya, dia sudah berasa tidak sedap hati apabila duduk di bawah pokok itu dan secara tiba-tiba kejadian itu berlaku.
Kejadian yang terjadi sepantas kilat itu membuatkan wanita tersebut menyesal dengan tindakannya.
@userqu89go2yxa please smoga kesian ini tdk trjadi lagi #durianruntu #durianjatuhdiataskepala #durian #duri #fypage
Video tersebut mencuri perhatian ramai susulan mengatakan kejadian tersebut persis seperti peribahasa durian runtuh, keuntungan yang tidak dijangka.