Wanita tahan malu depan saudara-mara, adik sepupu merungut dapat duit raya RM10

Wanita tahan malu depan saudara-mara, adik sepupu merungut dapat duit raya RM10
Pengenalan pahit seorang wanita memberi duit raya kepada saudara-maranya tahun lalu masih berbekas dan diingati sehingga ke hari ini.
Kata wanita terbabit, kisah berkenaan seakan kembali segar apabila seorang lelaki bertanya di media sosial sama ada masih relevan untuk memberikan duit raya RM5 kepada saudara dan RM3 kepada anak rakan-rakan.
Berkongsi kisahnya, wanita ini berkata dia pernah memberikan duit raya kepada seorang sepupu yang berusia 17 tahun mengikut kemampuannya.
“Saya bagi duit raya dekat adik sepupu. Budak tu dalam umur 17 tahun. Saya ni bagi ikut kemampuan je la. Bagi duit raya RM10 macam tu.
“Tapi dia boleh buka depan mata saya dan cakap depan-depan… eh Kak E*r* bagi RM10 je mana cukup. Terus sentap saya,” kongsinya.
Situasi itu membuatkan pengadu berasa malu dan terkilan kerana sepupunya mempersoalkan tentang jumlah duit raya secara terbuka.
“Rasa bersalah dan malu sebab dia cakap macam tu depan orang ramai. Kalau tak bagi, nanti dikata kedekut. Dah bagi, kena perli pula.
“Dah la balik kampung pun guna duit sendiri, dah berapa banyak belanja habis. Apabila bagi angpau, tetap juga dipertikai,” luahnya lagi.
Kisah itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang memberikan cadangan bagaimana wanita ini boleh menangani situasi tersebut.
“Ambil balik je duit tu dan cakap dekat dia orang tak bersyukur tak boleh pegang duit banyak.
“Kalau kena dekat saya, saya cakap bersyukur je la ada orang nak bagi, kalau tak… pergi sedekah.
“Budak-budak sekarang kena ajar sikit. Jangan manja sangat. Dia tak tahu kehidupan apabila dah dewasa nanti nak cari duit macam mana,” kata sesetengah netizen.
Dalam pada itu, ada juga yang tertanya-tanya di mana ibu bapa remaja tersebut ketika insiden berlaku.
“Mak bapa dia tak tolong marahkan ke? Tarik balik sampul duit daripada tangan dia, lepas tu cakap kalau tak cukup tak apa la.
“Mak bapa dia tak ada dekat situ ke masa kejadian? Kalau mak bapa dia ada tapi tak tegur mulut anak tu baik awak tak payah bagi dah sampai bila-bila. Kita ni dapat RM2 pun bersyukur dah,” komen netizen lagi.
Sumber: mStar