‘Makcik, kalau tak reti jangan redeem duit MyKasih, menyusahkan orang la’

‘Makcik, kalau tak reti jangan redeem duit MyKasih, menyusahkan orang la’

 

‘Makcik, kalau tak reti jangan redeem duit MyKasih, menyusahkan orang la’

Sejak inisiatif MyKasih dilancarkan, ramai penerima khususnya golongan B40 tidak melepaskan peluang memanfaatkan bantuan tersebut untuk mengurangkan beban kos sara hidup, terutamanya dalam keadaan harga barang yang semakin meningkat.

Namun begitu, masih terdapat segelintir penerima yang kurang arif tentang cara menebusnya, terutama dalam kalangan warga emas kerana tidak biasa dengan sistem digital.

Situasi ini kadangkala mengundang salah faham, sebagaimana perkongsian seorang individu di media sosial berhubung insiden di sebuah pasar raya melibatkan wanita warga emas dan juruwang.

“Yang ada mak ayah, please jangan bagi mereka tebus MySara atau MyKasih seorang diri.

“Kami top-up barang dapur sebulan sekali. Pagi-pagi tu tak ramai orang… aman je nak pilih barang.

“Tapi part dekat kaunter tak best sebab depan mata aku sendiri cashier cakap macam ni… makcik lain kali kalau tak reti, janganlah redeem duit dari MyKasih ni. Menyusahkan orang la,” ceritanya mengimbas kembali insiden berkenaan.

Mykasih

Menurut individu tersebut, daripada bebelan juruwang yang didengarinya, pelanggan warga emas itu mengambil barangan yang tidak termasuk dalam senarai barangan MyKasih.

“Aku dengar lagi dia (juruwang) tanya… barang ni nak proceed ke tak sebab tak termasuk dalam MyKasih?.

“Makcik tu cakap… nak sebab barang dekat rumah dah habis tapi makcik ada RM50 je ni. Lepas tak?

Cashier senyap je, kemudian dia scan barang makcik tu berharga RM65.80. Dia (pelanggan) terkebil-kebil lepas kena marah,” ceritanya lagi.

Disebabkan tidak sampai hati melihat pelanggan berkenaan yang kebingungan, individu tersebut berkata dia segera tampil menghulurkan bantuan.

Ujarnya, pelanggan warga emas itu pada mulanya menolak dengan baik dan mahu meletakkan semula barangan di rak, namun akhirnya akur menerima bantuannya selepas diyakinkan.

“Aku tambah lagi RM15.80 untuk makcik tu. Dia dah bergenang air mata. RM15 je pun, bukannya banyak mana daripada dia penat nak hantar balik barang-barang di rak.

“Aku ni dah la lemah tengok orang menangis, tak pasal-pasal aku teriak sekali. Tanya dia datang sini naik apa? Dia cakap tumpang jiran dia. Okay lega.

“Untuk anda yang tak tahu, boleh ambil barang yang ada tag MyKasih atau MySara je tau. Kalau tak, kena bayar sendiri.

“Macam makcik ni, dia ambil barang basah dan barang tak include dalam MyKasih tu. Jadi memang kena bayar asing walaupun dalam akaun dia ada RM300 pun,” kongsinya lagi.

Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap pelanggan berkenaan, di samping memuji tindakan individu tersebut yang bersikap prihatin.

Ramai turut berkongsi pengalaman serupa, terutama melibatkan warga emas yang keliru dengan cara penggunaan bantuan MyKasih di kaunter pembayaran.

“Kenapa ya banyak Threads pasal cashier biadab apabila orang guna MyKasih? Mereka memang tak ada empati ke?

“Orang kerja cashier ni selalu kerek macam dia paling banyak kerja.

“Kalau perangai staf aku macam ni, memang aku sekeh kepala dia,” demikian antara komen netizen.