“Duda tak laku, dah bertahun kau fitnah aku” – Elyana
“Duda tak laku, dah bertahun kau fitnah aku” – Elyana
Penyanyi Elyana meluahkan rasa berang terhadap seorang lelaki yang dipercayai melakukan provokasi terhadap dirinya.
Menurut OhBulan, lelaki tersebut didakwa mencetuskan provokasi selepas Elyana dan keluarga melawat Siti Bainun di Penjara Kajang, baru-baru ini.
Menurut Elyana, lelaki tersebut sangat biadab kerana melibatkan keluarganya juga.
Lebih mencuri tumpuan, lelaki itu turut bercakap mengenai isu anak angkat yang dijaga oleh Elyana. Difahamkan, Elyana mengenali individu itu.
Ini kerana, Elyana memberitahu dia pernah menghadiri majlis perkahwinan lelaki tersebut.
Jelas Elyana, dia sudah lama bersabar dengan lelaki itu.
Kau fitnah aku bertahun-tahun macam tak cukup tanah. Kenapa eh? Pelik pula aku. Kata jantan, cari pasal dengan wanita. Ingat berani rupanya pengecut.