“Emmm dap, rasa semua rasa” – Netizen bandingkan kualiti dua individu ‘review’ makanan
![“Emmm dap, rasa semua rasa” – Netizen bandingkan kualiti dua individu ‘review’ makanan “Emmm dap, rasa semua rasa” – Netizen bandingkan kualiti dua individu ‘review’ makanan](https://beritaperak.com/wp-content/uploads/2025/02/bp-jason-kr-e1738908874925.jpg)
“Emmm dap, rasa semua rasa” – Netizen bandingkan kualiti dua individu ‘review’ makanan
Pada ketika ini, di media sosial sedang hangat tentang pertembungan antara seorang reviewer makanan yang menuduh seorang figura lain sebagai perosak bisnes ekoran komen jujur terhadap makanan yang diulas.
Kedua-dua reviewer itu telah pun mengeluarkan video masing-masing dalam mempertahankan apa yang mereka lakukan dan memberi pendapat peribadi berhubung isu terbabit.
Sementara itu, netizen mula membuat perbandingan untuk menentukan siapakah sebenar yang memberikan ulasan dengan profesional di antara kedua-dua figura tersebut.
Seorang pengguna Facebook memberikan sedikit gambaran bagaimana Jason dan Kaki Review di dalam video memberi ulasan terhadap sesuatu juadah.
J : Tekstur lembut. Ratio krim-durian 70:30. Rasa durian kaw. Whipped krim ringan tak oily. Durian manis rasa macam D24. Ratio 50:50 lebih ideal. Rating 8.3.
KB : (Volume jerit sikit) Aku suka bau dia. Jangan cakap aku tak payung. Aku baca bismillah. Emmm dap emmm. Rasa semua rasa. Emmm emmm ahhh emmm. Bila makan, kena baca bismillah. Ermmm ermm.
Menurut lelaki itu, cara penyampaian ulasan makanan dari Jason jauh lebih bagus berbanding dengan KB yang mana hanya bercakap berkenaan bau dan tidak memberi sebarang komen signifikan tentang rasa seperti yang diharapkan ramai.
@ceokakireview havoc food festival dah mendarat kat melaka dekat parking mitc melaka
Sementara ulasan dari Jason pula didapati jauh lebih teratur dan profesional di mana menyatakan secara spesifik seperti tekstur, rasa, adunan, bahan mentah yang dipakai serta kesegaran sesuatu juadah yang dicubanya.
@scaredtodie tried a sample of this durian crepe at an event and wanted to see if their in-store batch is as good before i recommend to uolls #jasonfoodreview #makanlokal #malaysiafood #foodreview #scaredtodie #klfoodie
Jadi, dia meluahkan rasa hairan mengapa masih ramai individu yang membenci Jason walhal video ulasannya memang bagus.
Bagaimanapun, lelaki itu menyimpulkan bahawa dalam psikologi memang manusia akan cenderung untuk bersama mereka yang banyak persamaan dengan diri masing-masing.
Menjengah ke ruangan komentar, ramai turut bersetuju ulasan daripada Jason tersangat bagus lebih-lebih lagi apabila dia menerangkan secara terperinci apa yang dirasakan serta bersikap jujur.
Malah, hasil video Jason juga tampil profesional kerana video yang berkualiti tinggi serta suara yang jelas, yang mana jauh beza sekali seperti langit dengan bumi dengan kaki review yang hanya lebih tertumpu kepada promosi kedai tanpa memikirkan aspek teknikal lain.