Dua cucu kritikal termakan jajan ada racun, nenek kesal pemilik kebun gantung tepi pagar

Dua cucu kritikal termakan jajan ada racun, nenek kesal pemilik kebun gantung tepi pagar

 

Nenek kesal pemilik kebun gantung tepi pagar yang membolehkan dua orang cucunya, Muhammad Akil Syauqi Abdul Rahman, 3, dan Muhammad Luth Syauqi, 2, kritikal.

Dua beradik itu dilaporkan kritikal selepas makan makanan ringan yang disyaki mengandungi racun di kawasan kebun di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim, Kedah, semalam.

Menurut nenek, Saadiah Yaacob, 62, pada mulanya, dua beradik itu mengikut datuk mereka, Muhammad Nazar Abdullah, 53, mencari lembu di kebun tidak jauh dari rumah.

Katanya, tidak lama selepas itu, dua beradik terbabit kelihatan seronok membawa dua bungkusan makanan ringan yang diikat dengan tali ketika pulang ke rumah.