Didakwa ajak wanita ‘check-in’, Dr Alpha Zaki akhirnya bersuara

Didakwa ajak wanita ‘check-in’, Dr Alpha Zaki akhirnya bersuara

 

Didakwa ajak wanita ‘check-in’, Dr Alpha Zaki akhirnya bersuara

Jika korang pengguna tegar aplikasi TikTok, pasti korang kenal dengan pempengaruh yang juga seorang doktor iaitu Dr Aliff Zaki atau lebih dikenali sebagai Dr Alpha Zaki.

Baru-baru ini, pempengaruh ini telah terpalit dengan dakwaan yang mengatakan dia pernah mengajak wanita untuk melakukan perkara tidak senonoh.

Susulan itu, Dr Alpha Zaki telah mendiamkan diri selama dua minggu sebelum muncul malam semalam di platform X untuk memberikan kenyataan.

Menurut pempengaruh ini, dia telah mendiamkan diri selama dua minggu untuk fokus kepada urusan realiti yang membelenggu dirinya kini.

Perkara tersebut juga menurutnya telah diserahkan kepada peguam dan pihak berautoriti serta dia juga tidak boleh memberi sebarang penjelasan mengenainya buat masa ini.

“Hai dan salam. Dua minggu aku diamkan diri sebab ada urusan di alam realiti yang memerlukan fokus aku sepenuhnya, dan korang pun tahu apa situasi yang berlaku. Jadi aku pilih untuk diam dulu di media sosial.

“Untuk apa yang berlaku, aku taknak bagi kenyataan atau penjelasan apa-apa sebab hal ni dah diserahkan kepada peguam dan pihak berautoriti. Kes sekarang di peringkat apa, biarlah yang berkaitan je tahu. I wish I can share but it is best for me not to,” tulisnya.

Aliff juga pada masa yang sama memohon maaf atas kesilapan yang pernah dia lakukan dan berjanji untuk memperbaiki diri menjadi manusia yang lebih baik.

aliff zaki 1

Terdahulu, tular dakwaan daripada seorang wanita yang mendedahkan sisi gelap seorang doktor yang dikatakan terkenal di Tiktok pernah mengajaknya untuk ‘check-in’ di sebuah hotel pada Ramadan lalu dengan tujuan untuk melakukan perkara tidak senonoh.

Walaupun wanita berkenaan tidak mendedahkan siapakah gerangan orangnya, namun rata-rata netizen mendakwa doktor tersebut adalah Dr Alpha Zaki susulan ada beberapa individu yang mendakwa pernah menjadi mangsanya.