Netizen persoal kenapa doktor ‘gomen’ kedekut bagi MC
Netizen persoal kenapa doktor ‘gomen’ kedekut bagi MC
Setiap pekerjaan diwajibkan memberi surat kesihatan (medical certificate/MC) sekiranya tidak dapat datang bertugas atas masalah kesihatan.
Bagaimanapun ramai individu tidak bertanggungjawab yang menyalahgunakan MC untuk tidak datang bekerja — lebih-lebih lagi pada hari Isnin — sehingga menjadi satu masalah lebih besar kepada pihak lain.
Baru-baru ini seorang anonymous mendakwa dirinya doktor kerajaan tampil meminta orang ramai untuk makan panadol terlebih dahulu, sebelum mengambil MC keesokkan harinya.
Nasihat doktor itu menyebabkan ramai warganet kurang senang dan mendakwa sangat sukar untuk mendapatkan MC daripada doktor kerajaan.
“Soalan serius, doktor gomen ini kena potong gaji ke untuk setiap MC yang dia bagi?
“Semua pekerja layak untuk ambil MC. Kenapa perlu halang? Saya tahu MC terhad, tapi biarkanlah orang ambil.
“Benda boleh MC, kenapa perlu makan pandadol?”
“Soalan jujur: Doktor, lebih-lebih sektor kerajaan, ada kuota MC yang boleh dikeluarkan ke?”
Bagi netizen, ‘pesanan’ doktor itu seolah-olah membuatkan pekerja tidak layak langsung untuk mengambil MC walaupun sakit.
Menurut doktor tersebut, antara sebab doktor kerajaan sukar memberikan MC kerana mereka akan mendapat panggilan daripada pihak atasan ketika waktu cuti bertanyakan mengapa MC dikeluarkan.
Tambahnya lagi, ada segelintir individu yang ‘memburu’ klinik-klinik bagi mendapatkan MC untuk digunakan.
Jelasnya lagi, sekiranya tidak mahu ambil ubat, tapi mahu MC saja, diminta untuk pergi terus ke swasta.
Pada masa sama, dia meluahkan rasa kecewa apabila doktor-doktor kerajaan dicerca, diherdik gara-gara hanya tidak berikan MC.