“DJ Kidd hanya pembantu peribadi Emma Maembong” – Cat Farish tampil dedah perkara sebenar

“DJ Kidd hanya pembantu peribadi Emma Maembong” – Cat Farish tampil dedah perkara sebenar
Gosip kononnya Emma Maembong sudah menamatkan zaman janda dengan seorang deejay sebuah kelab kembali rancak diperkatakan sejak kebelakangan ini.
Ia susulan lelaki itu sendiri dikenali sebagai DJ Kidd memuat naik beberapa video menunjukkan kemesraan mereka dengan kapsyen yang memberi bayangan mereka adalah pasangan suami isteri.
Terkejut dengan perkara tersebut, abang iparnya yang juga penyanyi Cat Farish menyangkal dakwaan dibuat lelaki berkenaan.
Sebaliknya Cat menjelaskan hubungan mereka tidak lebih daripada seorang kawan dan pembantu peribadi kepada Emma.
“Siapa yang tidak obses dan mahu kahwin dengan Emma? Setahu saya sebagai yang pernah berjumpa dengannya (DJ Kidd), dia hanyalah seorang pembantu peribadi sahaja.
“Hanya tengokkan anak Emma, bawa Emma pergi makan. Tidak pernah terlintas di fikiran saya mereka ada hubungan mesra,” katanya kepada mStar.
Cat berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Karnival Warisan @ Saloma di Saloma Kuala Lumpur, pada Khamis.
Dalam pada itu, Cat menganggap lelaki tersebut sebagai obses terhadap Emma dan apa dilakukan sudah menyebabkan banyak pihak salah faham.
“Tidak salah nak ‘crush’ kepada seseorang tetapi janganlah beri kenyataan bertepuk sebelah tangan.
“Dia (DJ Kid) ini tidak dapat layanan sebagai teman lelaki pun,” jelas Cat lagi.