Ditidurkan lepas jangkitan kuman serang otak, founder produk kurus meninggal dunia

Ditidurkan lepas jangkitan kuman serang otak, founder produk kurus meninggal dunia

 

Lama menyepi, Cik Non atau nama sebenarnya Nor Shahada Aisyah Mohd Yasin dikhabarkan telah menghembuskan nafas terakhirnya sekitar jam 3.45 pagi tadi.

Ceknon meninggal dunia

Perkara itu disahkan sendiri oleh suaminya di laman Tiktok sekaligus mengejutkan ramai individu di luar sana.

@sabarituindahtau24434

ALFATIHAH UTK arwah isteri sy.#fyppppppppppppppppppppppp

♬ bunyi asal – sabarituindahtau24434🐻🇲🇾 – sabarituindahtau24434🐻🇲🇾

“Saya dari pihaknya ingin memohon maaf jika dia ada terkasar bahasa pada anda semua.”

“Jika Cik Non ada buat apa2 pada u all, minta maafkan lah ya…”

“Mungkin saya takkan buat apa-apa live, kebumikan…tunjukkan jenazah dia…”

Adik arwah sahkan kematian kakaknya 

Menerusi satu posting di Facebook, seorang netizen juga telah memuat naik posting IG adik Cik Non yang juga mengesahkan pemergian kakaknya.

285491669 859186298817879 5171015572754441022 N

Kuman serang otak

Sementara itu, hasil semakan di Facebook pula memaklumkan Allahyarham Cik Non mengalami cirit-birit berlarutan selama 3 hingga 4 hari.

Selain itu, arwah juga dilaporkan telah ditidurkan selepas jangkitan kuman menyerang otak.

Salam takziah diucapkan buat ahli keluarga Ceknon, moga arwah ditempatkan bersama dengan orang-orang beriman.