Diminta panggil Datin Che Puan, siapa suami Norjuma?

Diminta panggil Datin Che Puan, siapa suami Norjuma?

 

Bekas personaliti televisyen, Norjuma Habib Mohamed meminta untuk memanggilnya menggunakan gelaran datin ketika sesi temu bual bersama media telah berjaya tarik perhatian ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna @Hariz Nazzir di laman TikTok, kelihatan usahawan tudung berusia 44 tahun itu tampil memberi penjelasan berkaitan waran tangkap yang dikeluarkan oleh empat Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur kerana gagal hadir pada prosiding sebutan kes.

Difahamkan, sebutan kes itu berkaitan lima pertuduhan mencederakan tiga individu dan melakukan khianat, tujuh tahun lalu.

“Sebenarnya boleh tau kalau panggil saya Datin Che Puan Norjuma. Saya okay je.

“Tapi kalau macam orang lain mungkin tak kisah untuk gelaran tersebut. Perkara itu tak menjadi masalah kalau awak berkahwin dengan orang lain,” ujarnya.

@hariznazzir

Datin Che Puan Norjuma ? Datin Norjuma muncul di Kota Bharu. #newyork #norjuma #CopBorak

♬ original sound – Hariz Nazzir – Hariz Nazzir

Ditanya mengenai status terkini, Norjuma akui masih mempunyai suami namun enggan untuk mengulas perkara tersebut dengan lebih mendalam.

“Suami saya sekarang, ada lah. Suami saya sekarang mungkin suami orang dahulu,” katanya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, ada segelintir netizen mempersoalkan status gelaran Norjuma itu sama ada masih boleh dipakai atau tidak memandangkan dia sudah berpisah dengan Datuk Nazim Tun Razak.

Sekadar info, bekas pengacara Nona ini pernah bernikah dengan adik kepada bekas Perdana Menteri Najib Tun Razak iaitu Datuk Nazim Tun Razak namun bercerai atas sebab yang dirahsiakan.

Malah, sebelum ini tular di media sosial Nazim Tun Razak didakwa sudah berkahwin dengan seorang peguam serta ahli politik dari Indonesia yang bertempat di Bali.