Didakwa halang laluan jalan, penunggang basikal ditendang hingga jatuh

Didakwa halang laluan jalan, penunggang basikal ditendang hingga jatuh

 

Tak dinafikan, sikap sesetengah pengguna jalan raya yang mementingkan diri sendiri boleh membuatkan kita marah, namun cara terbaik adalah dengan menegur mereka tanpa perlu menyerang secara fizikal.

Satu video dashcam yang tular di X semalam, memaparkan satu insiden kemalangan yang berlaku di sebuah jalan kecil. Pun begitu, tidak dipastikan kejadian itu berlaku di mana.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @update11111, dilihat seorang lelaki sedang menunggang basikal di bahagian luar garisan putih.

Mungkin bagi penunggang basikal itu dia tidak menghalang laluan namun, kenderaan lain di belakangnya terpaksa mengekori dan tidak boleh memotong kerana jalan yang sempit serta laluan bertentangan juga penuh dengan kenderaan lain.

Tiba-tiba, seorang penunggang motosikal yang menyelit dari tepi jalan terus menghampiri penunggang basikal itu lalu menendangnya sehingga jatuh tersembam di tepi jalan. Tanpa belas kasihan, pelaku tersebut memecut motosikalnya dan beredar dari jalan itu.

 

Meninjau ke ruangan balas di X, rata-rata netizen marah dengan perbuatan penunggang motosikal yang mencederakan penunggang basikal. Bagi mereka, dia hanya perlu menegur dan tindakan menendang itu tidak patut dilakukan walaupun sedang marah.

Basikal 1 Basikal 2

Bagaimanapun, ada beberapa netizen lain yang tidak menafikan sikap sesetengah penunggang basikal yang mementingkan diri sendiri sehingga membahayakan nyawa.

Basikal 3

Salah juga basikal tu tapi… yang si motor tegur sudahlah..