“Dia yang cabar untuk viralkan” – Jadi mangsa kutuk bekas rakan sekerja, lelaki tampil dedah cerita sebenar
Seorang lelaki akui sakit hati apabila dia dikutuk bekas rakan sekerja iaitu dua orang wanita menerusi satu siaran langsung di TikTok ketika sedang bekerja.
Menerusi satu perkongsian di TikTok, lelaki yang dikenali sebagai Reeza telah memuat naik satu video menceritakan kisah penuh berkenaan bekas rakan sekerjanya itu.
@irfanros [Part 1] Saya terima semua kutukan yang dilontarkan. Semoga mereka mendapat kesedaran.🤲🏻
Menurutnya, dia sudah memaafkan kedua-dua wanita tersebut namun dia membuat video berkenaan kerana mahu menjelaskan kepada orang ramai tentang apa yang terjadi.
“Saya adalah mangsa yang dikutuk bekas rakan sekerja . Saya maafkan, saya tak kisah. Saya nak cerita sikit apa yang berlaku sebenarnya supaya korang semua lebih faham,” katanya.
Reeza berkata ketika dia sedang dikutuk oleh dua wanita tersebut, dia masih lagi bekerja di tempat yang sama namun pada masa itu dia berada di bilik yang berlainan.
“Pada waktu saya tengok siaran langsung diorang yang tengah kutuk-kutuk tu, sebenarnya masa tu saya belum berhenti kerja lagi. Saya masih kerja.
“Tapi saya duduk di bilik yang berasingan dengan mereka. Sambil tak buat apa-apa, saya tengok TikTok dan tiba-tiba jumpa video yang saya kenal. Ni macam staf kat bawah dan macam tengah mengata saya,” ujarnya.
Dalam pada itu, Reeza turut mengakui dia berasa sakit hati dengan tindakan kedua-dua wanita tersebut yang mengutuk dirinya ketika sedang melakukan siaran langsung.
“Siapa tak sakit hati, tengok orang tengah live kutuk diri sendiri. Jadi saya pun rekod kemudian bawa dan tunjuk kepada pihak pengurusan.
“Saya pun dah rasa tak sedap selama ni, macam nak berhenti kan. Tapi ni memang Allah nak tunjuk. Jadi saya pun berhentilah,” luahnya.
Selepas menemui siaran langsung tersebut, Reeza sempat bertemu dengan kedua-dua wanita tersebut dan berbual seperti biasa seakan-akan mereka tidak pernah mengutuknya.
“Masa hari kejadian, dorang tak tahu lagi yang saya tahu dorang kutuk saya. Jadi saya turun bawah, jumpa dengan dorang macam takde apa-apa berlaku.
“Saya berbual dengan dorang, baik cakap macam tak ada apa berlaku tapi dalam hati saya memang sakitlah. Balik tu, saya terus resign dan esoknya benda tu viral,” katanya.
Sementara itu, memetik laporan Astro Gempak, Reeza memaklumka wanita tersebut telah meminta maaf bagaimanapun dia merasakan permohonan itu tidak beradab.
“Semalam mungkin boss nasihat mereka, dia ada lah whataspp saya minta maaf saya maafkan, tapi dia cabar saya cakap nak viral kan viral lah.
“Sebelum saya post itu saya baca chat dengan dia, ini bukan cara yang betul untuk minta maaf. Tapi cara dia minta maaf seperti tiada adab,” ujarnya.
Tambah Reeza, dia tidak tahu sekiranya permohonan maaf itu ikhlas ataupun tidak kerana wanita tersebut sempat mengatakan lelaki itu sombong.
“Saya taktahu dia ikhlas atau tidak mungkin dia ikhlas cara dia begitu. Sebab dia minta maaf tu dia selitkan lagi cakap saya sombong. Saya tak faham saya sombong macam mana sebab kalau orang yang kenal saya memang akan cakap saya peramah.
“Saya dah minta maaf tapi, dia masih nak cakap saya sombong ini macam tak puas hati lagi. Saya tak mahu bawa hal ini ke pihak atasan, sebab kalau saya berhubung dengan mereka mesti bergaduh.
“Saya rasa mereka tak professional tak perlu lah kutuk saya di live, saya kebetulan nampak pula jadi ini memang keajaiban,” kongsinya.
Terdahulu, tular satu video memaparkan dua orang wanita yang sedang mengutuk bekas rakan sekerja mereka menerusi satu siaran langsung di TikTok.
Mangsa kutukan mereka secara tidak sengaja menemui siaran langsung tersebut dan mengambil keputusan untuk membuat tangkap layar dirinya sedang dikutuk lalu dimuat naik ke media sosial.
Disebabkan tindakan kedua-dua wanita tersebut, ramai warga maya yang mengecam tindakan mereka kerana tidak profesional ketika bekerja.