“Dia ingat ini hotel ke?” – Isu wanita Indonesia kritik servis hospital kerajaan, doktor luah rasa geram

“Dia ingat ini hotel ke?” – Isu wanita Indonesia kritik servis hospital kerajaan, doktor luah rasa geram

 

Beberapa hari lalu, tindakan seorang wanita Indonesia yang mengkritik servis pusat kesihatan awam bertempat di Pulau Pinang telah mengundang kecaman ramai.

Selamat melahirkan anaknya melalui kaedah czer, individu berkenaan meluahkan kecewa kononnya tidak mendapat layanan sewajarnya daripada petugas-petugas di sana.

Selain memberikan rating 2/100, beberapa aspek lain turut menjadi bahan rungutan wanita berkenaan.

Antaranya adalah dia dan bayi tidak mandi selama 4 hari berturut-turut, ruangan bising menyebabkan masalah sukar tidur, lokasi tandas yang jauh dari katil dan pelayanan buruk dari jururawat.

Dari pengalaman itu, dia turut berpesan pada orang di luar sana untuk mengumpul wang agar dapat bersalin di tempat lain yang lebih baik.

“Ingat Hotel Ke?” Doktor Luah Geram Wanita Indonesia Kritik Pusat Kesihatan Awam

Terkilan dengan isu tersebut, seorang pakar perubatan, Dr Kenneth Wong yang selama ini aktif berkongsikan tentang fakta-fakta kesihatan di TikTok tampil menyuarakan pendapatnya.

Pernah berkhidmat di pusat kesihatan awam di Melaka suatu ketika dahulu, beliau menjelaskan sebenarnya tugas mengendalikan ruangan ibu bersalin adalah satu perkara yang penuh dengan tekanan.

Semua petugas dalam jabatan berkenaan sentiasa sibuk dan suasananya tak ubah seperti ‘zon perang’.

Usahkan berehat seketika, ada kalanya mereka sendiri tidak sempat untuk makan kerana terlampau sibuk.

Di sebalik rungutan wanita tersebut, Dr Kenneth yakin setiap petugas di sana pun sudah melakukan yang terbaik dalam menjaga keperluan patient mereka.

Mengakhiri luahannya, beliau berpendapat wanita tersebut seharusnya berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan negatif sedemikian.

@dr.kennethwongcf

Isu Viral: Wanita Indonesia komen tentang servis hospital kerajaan! #drkenneth #doktortiktok #fyp #wadbersalin #hospitalpulaupinang #wanitaIndonesiabersalin #wanitabersalin

♬ original sound – Dr Kenneth Wong – Dr Kenneth Wong